Setelah sebulan lebih menggunakan Samsung Galaxy Z Fold5, kehidupan digital dan realiti saya berjalan lancar kerana intipati canggih yang tersemat dalam telefon pintar ini.
Realiti hidup sebagai penulis kandungan digital amat memerlukan ‘pembantu’ pintar dalam melancarkan urusan harian. Setelah menggunakan Samsung Galaxy Z Fold5 berminggu-minggu, ini reviu jujur yang ingin saya kongsikan, mungkin boleh jadi panduan untuk anda yang sedang berkira-kira mahu membeli telefon baru. Saya amat sarankan telefon pintar ini buat mereka yang mempunyai gaya hidup sibuk tetapi dalam masa yang sama ingin meneroka dunia magikal kamera yang tidak terjangkau untuk pengguna massa.
Terkenal dengan signifikasi telefon pintar lipat, keluaran edisi kelima baharu dari Samsung ini layak menjadi sebahagian peranti mudah alih masa depan yang melengkapi kehidupan. Jika ditanya, apakah perkara pertama yang terlintas dalam pemikiran saya terhadap perbezaan model yang lama dan terkini? Jawapan saya, Samsung Galaxy Z Fold5 ini jauh lebih baik, peningkatan yang signifikan terhadap keseluruhan reka bentuk dari perkakasan dalaman sehingga luaran termasuk engsel dan layar skrin telefon tersebut.
Pengalaman berminggu menggunakan telefon ini, apa yang boleh saya simpulkan tentang Samsung Galaxy Z Fold5 ini, tiga rangkap ayat yang sesuai untuk dipanggil ia adalah “Karya Agung”, “Telefon Pilihan Tahun Ini”, dan “Peningkatan Generasi Terbesar Dalam Sejarah Telefon Mudah Alih” kerana semua perubahan ini, membuka dimensi digital baharu buat pengguna.
Saya merupakan pengguna Android Samsung sejak dari zaman bangku sekolah sehingga dewasa, melihat kepada pembangunan pesat dan canggih yang Samsung ciptakan ini membuatkan saya bangga dengan pencapaian yang mereka gapai kini. Bukan bermain selamat, Samsung memilih untuk membuat kemas kini berulang dan mencipta lebih banyak inovasi dalam koleksi telefon pintar lipatnya kali ini.
Harganya?
Harga permulaan bagi telefon ini ialah RM 6,799.00. Harga ini biasanya memberi anda varian penyimpanan asas 256GB, manakala untuk varian penyimpanan besar 512GB hanya beza sedikit RM 7,299.00. Terdapat juga varian 1TB yang dijual pada harga RM 8,299.00.
Saya seorang multitasking dan ini antara kegemaran pertama saya!
Soalan saya, siapa sahaja tidak suka apabila anda dapat memainkan filem dan buat kerja di satu skrin dalam satu masa? Ini yang terjadi, realiti kerja digital dan kehidupan peribadi saya menjadi lancar dan menyeronokan dengan peranti ini.
Samsung Galaxy Z Fold5 terkenal kerana mempunyai panel paparan yang boleh dilipat. Apabila dibuka, ia menunjukkan tablet besar dengan perincian panel paparan 7.6 inci dengan resolusi 2176 x 1812 dan kadar penyegaran adaptif hingga 120Hz. Digabungkan dengan ciri teknologi dalaman yang kuat, menjadikannya ‘kuda kerja’ yang sesuai buat sang multitasking.
Dalam keluaran sebelumnya, bar tugas ini hanya akan memaparkan dua aplikasi dalam satu paparan besar. Kini tidak lagi, bar tugas kini dapat menunjukkan maksimum empat aplikasi dalam satu paparan besar, memberikan anda kemampuan yang lancar dan cepat dengan hanya satu sentuhan.
Reka bentuk dan perkakasan dalaman (Software).
Antara rahsia yang saya teruja untuk beritahu pada kalian, setelah empat generasi sebelumnya, Fold5 kali ini mempunyai engsel yang direka semula, lebih rapat dan rata berbanding koleksi Fold dahulu. Reka bentuk yang baharu ini lantas membuatkan skrin lipatan sudut penjuru kelihatan lebih lembut dan rata. Disebabkan oleh penghapusan jurang, Fold5 sedikit lebih tipis daripada Fold4. Apabila diteliti, engsel baru ini masih mempunyai ketahanan air IPX8 yang sama seperti sebelumnya, saya mengkritik perbezaan yang lain apabila menyentuh isu engsel, Samsung masih yang terbaik dan paling penting, bunyi tutupnya juga memuaskan telinga.
Perlindungan Gorilla Glass Victus 2 pada paparan luar depan dan panel belakang ini dilengkapi dengan paparan dalaman utuh dibuat dari bahan UTG ( Ultra-thin glass ). Pagar sisi lengkung pula dibuat dari logam dan telefon pintar ini mempunyai bingkai Armor Aluminium, dicipta untuk peningkatan ketahanan dan perlindungan pada tahap maksimum. Telefon masih licin seperti sebelumnya dan saya sangat mengesyorkan pengguna untuk mendapatkan casing atau kulit telefon kerana anda tidak mahu menjatuhkan telefon yang rapuh ini.
Penempatan butang kekunci dan port suara adalah serupa sebelum ini. Masih dengan sensor cap jari bersepadu tersedia dan port USB Type-C berada di bahagian bawah, makalala dulang SIM boleh didapati di tepi kiri panel lipat, dan terdapat dua pembesar suara di tepi atas dan bawah Fold5.
Kamera yang padu.
Sengaja saya ulaskan tentang kamera pada penghujung pena digital ini. Setiap tahun, syarikat Samsung akan menjanjikan perkakasan baru untuk memberikan pengalaman tingkat kepada penggunanya. Tetapi untuk Z Fold5 ini, tidak ada sebarang pengubah sensor atau lensa kamera seperti sebelumnya; sama dengan Z Fold4.
Dalam berminggu mengambil lebih dari 100 foto dengan peranti Z Fold5 dalam pelbagai jenis cahaya ini, untuk ulasan, saya dapat bezakan teknologi kali ini lebih tajam berbanding dahulu dengan lebih banyak perincian tekstur halus. Dan anda tidak akan pernah salah dengan mengambil gambar selfie dengan kamera belakang kerana ia adalah salah satu perkara paling cool yang boleh anda lakukan dengan telefon pintar lipat. Pemprosesan gambar Samsung terus matang dan baik, menghasilkan gambar kamera utama yang cukup estetik, dengan pendedahan yang betul dan sedikit perisian canggih.
Untuk pembelian Samsung Galaxy Z Fold5 5G dengan harga & tawaran kerkini, layari laman rasmi Samsung Malaysia, DISINI.
Baca: Samsung Galaxy Z Flip5, Ini 5 Ciri Yang Buat Saya Jatuh Hati