Clarins mempersembahkan kemewahan sejati melalui pelancaran terbaru mereka, menggabungkan prestasi dan keseronokan dalam rangkaian baharu Clarins Precious.
Di tengah gemerlapan lampu dan semerbak haruman bunga yang memikat, pelancaran rangkaian produk Precious daripada Clarins telah mencipta satu acara yang mengasyikkan. Majlis berlangsung di KEN TTDI dengan kehadiran selebriti tempatan, pempengaruh terkenal, dan rakan media, menjadikannya satu titik tolak baharu dalam dunia kecantikan.
Suasana majlis pelancaran dibanjiri dengan cahaya lampu yang berkilauan dan aroma wangi bunga, mencipta atmosfera yang mewah dan eksklusif. Majlis tersebut dimeriahkan dengan persembahan biola dan tarian ballet, memberikan sentuhan artistik, memperkenalkan rangkaian Precious sebagai satu produk kecantikan yang mewah dan eksklusif.
Tetamu yang hadir tidak hanya terpukau dengan suasana yang indah, tetapi juga dengan inspirasi di sebalik rangkaian Precious yang terinspirasi oleh kecantikan yang semulajadi dan mempesona dari estrak bunga Moonlight, yang begitu jarang mekar sehingga kadang-kadang hanya berbunga sekali setiap dua pluh tahun, merangsang FOXO di dalam sel-sel kulit dan mengurangkan oksigen-inflamasi.
Dipetik dengan lembut pada puncak kecantikannya dan kekayaan molekulnya. Ia menyimpan kunci untuk kulit kelihatan lima tahun lebih muda dalam satu malam. Melalui tahun-tahun penyelidikan, Clarins telah menemui cara untuk memetiknya dan mengekstrak esensinya yang luar biasa, yang secara dramatis membalikkan penuaan kulit wajah.
Berkat pandangan jauh Clarins, bunga putih halus berbau vanilla yang terdapat di hutan Amerika Tengah, kini ditanam dalam hamparan 6,000 meter persegi di Brittany pada suhu terkawal 3 darjah Celsius. Bunga ini dipilih kerana sifat-sifatnya yang meremajakan dan mencerahkan kulit, serasi dengan penjagaan kulit Clarins.
Jika anda mencari keajaiban dalam botol, Clarins Precious adalah pilihan yang tepat. Keajaiban bunga Moonlight yang unik kini boleh dinikmati di dalam rumah anda sendiri. Produk utama dalam rangkaian ini termasuklah Precious La Crème, Precious La Crème Yeux, dan Precious La Lotion, memberikan kelembapan, kecerahan, dan keanjalan kulit yang optimum.
Dengan pelancaran rangkaian Precious, Clarins sekali lagi membuktikan bahawa mereka adalah peneraju dalam dunia kecantikan. Dengan gabungan kecantikan semula jadi dan inovasi saintifik, Clarins Precious adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang menghargai keanggunan dan kelebihan kulit yang sejati.
Artikel Berkaitan: 5 Manfaat Gua Sha, Rahsia Wajah Awet Muda