Mulakan rutin penggayaan anda dengan Shark Beauty SpeedStyle™, alat pengering rambut berkelajuan tinggi dari basah ke kering dengan pantas, sesuai untuk gaya hidup sibuk yang pantas.
Mencari pengering rambut yang mampu mengeringkan dan menggayakan rambut dengan cepat tanpa mengorbankan gaya dan kesihatan rambut? Shark SpeedStyle™ adalah jawapan kepada keperluan anda.
Dengan gabungan teknologi inovatif dan reka bentuk yang mudah digunakan, Shark SpeedStyle™ memudahkan rutin penggayaan rambut harian, sesuai untuk individu yang sentiasa sibuk tetapi mahu tampil bergaya cantik! Hasilnya, rambut anda akan tampak licin, bersinar dan terurus sepanjang hari, memberikan keyakinan dengan setiap gaya.
Shark SpeedStyle™ direka dengan teknologi aliran udara yang kuat, yang membolehkan pengeringan rambut dalam beberapa minit sahaja. Sama ada anda bersiap untuk keluar pagi atau memerlukan sentuhan pantas sebelum acara, alat ini mampu memberikan hasil bersinar yang menawan tanpa perlu menunggu lama.
Goodbye Frizzy Hair. Hello Glossy, Smooth and Healthy Hair!
Pengering & Penggayaan Dalam Beberapa Minit
Boleh digunakan pada rambut basah atau kering dengan hasil bersinar dalam beberapa minit. Pengering rambut Shark SpeedStyle mempunyai teknologi Coanda aliran udara yang kuat dan mengawal suhu dengan 1000x setiap saat lantas mengeringkan dan menggayakan rambut dengan cepat tanpa merosakkan rambut, sesuai untuk gaya pagi yang sibuk atau sentuhan terakhir pada saat akhir.
Kawalan Haba Pintar untuk Perlindungan Rambut
Ucapkan selamat tinggal kepada kerosakan haba! Shark SpeedStyle™ secara automatik menyesuaikan suhu ideal untuk jenis rambut anda, memastikan hasil yang licin, lembut dan bersinar tanpa pendedahan kepada haba yang merosakkan. Anda boleh menikmati hasil profesional tanpa bimbang tentang risiko rambut rosak.
Serba Guna dalam Satu Alat
Shark SpeedStyle™ juga dilengkapi dengan pelbagai alat sambungan aksesori, membolehkan anda beralih dengan mudah antara gaya rambut lurus, beralun volum atau berkeriting. Alat ini adalah pilihan yang tepat untuk mereka yang gemar bereksperimen dengan pelbagai gaya rambut. Dengan hanya satu alat, anda boleh mendapatkan rambut lurus yang elegan, volum lembut yang romantik atau keriting beralun yang mempesonakan.
Istimewa FrizzFighter Finishing Tool
Rambut kembang dan rambut kusut sering menjadi cabaran selepas penggayaan, tetapi dengan FrizzFighter Finishing Tool dari Shark SpeedStyle™, anda boleh merapikan rambut dengan serta-merta. Dihadiri dengan teknologi Coanda, alat ini menggunakan 2 aliran udara berkelajuan tinggi membantu menarik rambut dan menghilangkan rambut kusut, memberikan hasil yang licin dan menawan.
Reka Bentuk Ringan & Selesa Dipegang
Reka bentuk yang ringan dan mudah dipegang memastikan pengalaman penggayaan yang lebih selesa. Tiada lagi keletihan lengan ketika menggayakan rambut untuk tempoh yang lama. Shark SpeedStyle™ juga mudah dikendalikan, membolehkan anda mencapai gaya rambut yang sempurna dengan kawalan penuh.
Kini tersedia secara eksklusif di Sephora pada harga RM 1,099 melalui sephora.my dan kedai terpilih seperti Sephora Fahrenheit 88, TRX Mall, KLCC, Mid-Valley Mega Mall, 1Utama, Sunway Pyramid , IOI Putrajaya, Gurney Paragon, SouthKey Johor, Aeon Tebrau, Suria Sabah dan Imago Sabah.
Untuk terus berhubung dengan tawaran dan maklumat terkini, layari laman web rasmi sharkninja.my dan ikuti Shark SpeedStyle™ di akaun Facebook , Instagram dan TikTok.
Baca : Shark FlexStyle™ Rahsia Dandanan Rambut Pantas Lagi Menawan