Hollywood kembali dirasuk Halloween! Setiap tahun, bintang-bintang Hollywood A-list tidak pernah gagal untuk mengejutkan peminat dengan kostum yang bukan sahaja menakjubkan tetapi juga menunjukkan tahap kreativiti mereka yang menggoncang dunia fesyen dan hiburan.
Halloween tahun nini, Hollywood tampil seram dan glamor! Selebriti-selebriti Hollywood telah menyiapkan diri dengan solekan yang bukan sekadar “seram,” tetapi penuh gaya dan kreativiti. Bagi mereka, Halloween bukan sekadar tentang labu dan hantu tetapi merupakan peluang untuk mereka mempamerkan seni solekan, kostum, dan transformasi yang membuatkan kita ternganga.
Dari inspirasi klasik seram hingga karakter pop terkini, selebriti Hollywood tahun ini benar-benar membawa karakter mereka ke dunia nyata dengan solekan yang menakjubkan dan penuh kreatif. Kali ini, EH! sajikan tujuh solekan selebriti paling kreatif yang benar-benar menggoncang pentas Halloween 2024!
1. Kelly Clarkson sebagai Beetlejuice
Kelly Clarkson berjaya menghidupkan watak Beetlejuice dengan wajah berlumut dan gigi kekuningan yang tampak sangat realistik, sehingga membuatkan semua orang ternganga dengan transformasinya yang hampir tidak dikenali. Sentuhan magis daripada makeup artist, Gloria Elias-Foeillet berjaya mencipta efek ngeri yang begitu realistik, manakala penata rambut Corey Morris dan wigmaker Brittany Hartman menambah sentuhan akhir yang sempurna dengan gaya rambut hijau messy.
2. Lizzo sebagai Edward SZA Hands
Lizzo tampil luar biasa dengan campuran watak Edward Scissorhands dan penyanyi SZA, mencipta karakter “Edward SZA Hands”. Solekan dramatik dengan tangan berbilah pisau dan rambut kusut menjadikan Lizzo kelihatan seperti dari dunia fantasi. Kombinasi watak Edward Scissorhands dengan SZA yang merupakan satu idea yang unik. Efek khas dan solekan mata smokey menambahkan lagi elemen misteri dan menyerlahkan gaya misteri Edward tetani dengan sentuhan moden ala SZA.
3. Christina Aguilera sebagai Dracula
Christina Aguilera membawa watak dracula dengan solekannya yang penuh gaya dan menggoda. Dia tidak hanya sekadar menggayakan karakter klasik ini, tetapi juga menambah elemen elegan yang membuatkan kita terpesona. Dengan kanta mata lekap putih yang memberikan kesan seram dan darah yang menitis dari bibirnya, Christina Berjaya mencipta gaya dracula yang sangat memikat. Tidak cukup dengan itu, dia menggayakan rambut panjang dan kuku tajam berkilat yang menjadikan penampilan seramnya menjadi sentuhan akhir yang sempurna, menambah aura misteri yang menggoda.
4. Megan Thee Stallion sebagai Starfire
Halloween atau tidak, Megan thee stallion berjaya menyampaikan aura superhero yang kuat dan penuh glamor. Tahun ini, dia tampil sebagai Starfire, iaitu superhero ikonik dari komik Teen Titans. Dengan rambut merah menyala, dia membawa karakter ini ke dunia nyata dengan gaya yang begitu memukau. Solekannya yang berkilauan dengan solekan mata yang dramatik, lengkap dengan efek kilauan yang menambahkan sentuhan magis kepada penampilannya.
Kostum yang terperinci dan berwarna cerah menonjolkan setiap aspek karakter Starfire, menjadikannya seolah-olah baru saja melangkah keluar dari halaman komik. Bahkan James Gunn dari DC Studios sendiri memuji penampilan ikoniknya.
5. Anne Hathaway sebagai Zombie Statue of Liberty
Anne Hathaway berjaya memukau peminat dengan penampilannya yang menggabungkan dua elemen berbeza untuk halloween tahun ini. Dengan tema statue of liberty yang diubah menjadi versi zombi, Anne mempersembahkan sentuhan patriotik yang menakutkan dan penuh kreativiti. Dia melengkapkan penampilannya dengan mahkota ikonik liberty dan t-shirt “Boo York City” yang memberikan nuansa urban yang unik. Solekannya yang realistik bukan sahaja menampilkan kulit pucat yang menyeramkan, tetapi juga darah palsu yang mengalir dengan dramatis, menjadikannya seolah-olah baru saja melangkah keluar dari filem seram.
6. Kim Kardashian sebagai Reptilia Albino
Kim Kardashian sememangnya ratu halloween yang tidak pernah mengecewakan. Tahun ini, Kim muncul sebagai reptilia albino yang membawa kita ke dunia makhluk yang misteri dan menakutkan. Kostum ketat berwarna putih bersisiknya direka dengan efek cat badan yang begitu realistik, membuatkan setiap inci tubuhnya nampak seolah-olah diliputi sisik yang hidup. Solekan mata hijau, kuku panjang dan ekor panjang memberikan kesan yang menakutkan manakala, prostetik di wajahnya menonjolkan tekstur kulit reptilia menjadikan Kim seolah-olah makhluk asing dari planet lain.
Dengan latar belakang paya yang menambah suasana seram, dan bantuan makeup artist terkenal Alexis Stone, Kim benar-benar membawa kita ke dalam dunia yang ‘out of this world, menunjukkan betapa kreatifnya dia dalam mengekspresikan diri pada malam halloween.
7. Perrie Edwards & Anak Lelakinya sebagai Lady Gaga dan Bruno Mars
Perrie Edwards dan anak lelakinya, Axel, mencuri perhatian dengan penampilan mereka sebagai Lady Gaga dan Bruno Mars, terinspirasi daripada muzik video “Die With A Smile.” Perrie tampil memukau dengan solekan mata metalik yang berkilau, dipadankan dengan bibir merah menyala, dipadankan dengan gaun anggun yang yang menambahkan lagi aura glamor, seolah-olah baru sahaja melangkah keluar dari pentas persembahan. Sementara itu, Axel mengenakan baju dengan gaya ikonik Bruno Mars, lengkap dengan misai dan topi koboi yang menambahkan sentuhan playful pada penampilannya.
Artikel Berkaitan: Filem Seram Untuk Tontonan Menjelang Halloween