Bakal menjadi ‘Film of The Year’, filem Wicked lakonan terhebat Ariana Grande dan Cynthia Erivo kini mencetus fenomena seluruh dunia.
Filem Wicked ini mengisahkan tentang seorang wanita muda bernama Elphaba yang disalahfahamkan kerana kulitnya hijau, menjalin persahabatan yang tidak terfikir dek orang tetapi sangat rapat dengan Glinda, seorang pelajar yang mempunyai keinginan yang tidak putus-putus untuk populariti. Berikutan pertemuan dengan Wizard of Oz, hubungan mereka tidak lama lagi berubah apabila kehidupan mereka mula mengambil jalan yang sangat berbeza.
Filem ini turut menampilkan pelakon Ariana Grande, Cynthia Erivo, Jonathan Bailey, Ethan Slater, Michelle Yeoh dan ramai lagi. Filem yang menjadi bualan hangat, EH! menyenaraikan lima fakta menarik tentang filem Wicked ini.
1. Ariana menyukai watak Glinda sejak kecil lagi
Ariana Grande mula uji bakat memainkan Glinda bermula ketika dia berumur 10 tahun. Menghadiri persembahan “Wicked,” Ariana dan neneknya bertemu Kristin Chenoweth di belakang pentas. Kristin mengiktiraf bakat Ariana semasa dia menyanyikan lagu “Popular.”
Pada tahun-tahun berikutnya, Ariana membuat debutnya di Broadway dan menjadi bintang TV di Nickelodeon. Dia juga mengambil langkah awal ke arah menjadi sensasi pop, ditampilkan dalam lagu “Popular” yang diilhamkan “Wicked“. Meraikan ulang tahun ke-15 muzikal itu, Ariana mempersembahkan “The Wizard and I” dalam siaran NBC “A Very Wicked Halloween.” Ketika Ariana menyanyikan salah satu lagu Elphaba, Cynthia mempersembahkan lagu Glinda secara solo “Thank Goodness” pada “Wicked in Concert” PBS.
2. Wajah hijau ikonik Elphaba
Ia mengambil masa lebih dari empat jam setiap pagi untuk mengecat badan Cynthia yang berwarna hijau. Bergantung pada kostumnya untuk hari itu dan jumlah kulitnya yang perlu kelihatan.
Jika mereka hanya perlu menutup kepala, leher dan tangannya Cynthia, mereka hanya memerlukan masa sebanyak 2 jam dan 45 minit. Sebelum memakai rambut palsu, kulit kepala Cynthia juga perlu diwarnakan hijau agar nampak sekata.