Nama Lil Bidadari pasti tidak asing bagi peminat fesyen dan kecantikan. Wajahnya sering menghiasi billboard dan iklan fesyen tempatan, malah anda pasti pernah melihatnya memperagakan koleksi terkini di laman web Zalora dengan penuh versatil. Mahu dikenali dengan nama pentas Bidadari, personalitinya yang mudah didekati menjadikan dia disenangi ramai. Bidadari memulakan kerjayanya sebagai model semasa menuntut dalam bidang Fashion Marketing and Management di Raffles College, Kuala Lumpur, di mana dia mula diberi peluang menjadi model untuk projek pelajar dan jenama-jenama terkenal. Kejayaannya mula melonjak selepas tampil penuh yakin di pentas KLFW, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai model profesional di bawah naungan The Models Lab KL, bersama nama-nama besar seperti Shikin Gomez, Suganya, dan Nia Atasha.
1. Apa yang membuatkan anda jatuh cinta dengan dunia kecantikan?
Saya sememangnya seorang gadis yang gemar bergaya. All the fun and glamor of it! Perjalanan saya bermula ketika berusia 13 tahun, ketika saya merasa tertekan dengan sekolah dan dunia kecantikan menjadi tempat untuk saya berekspresi. Saya akan memakai gincu merah jambu terang walaupun ia tidak sesuai dengan tona kulit saya. Namun, saya yang berusia 13 tahun ketika itu merasa gembira, dan itu yang paling penting.
2. Tiga produk kecantikan yang wajib ada dalam beg anda
Kylie Lipliner adalah keperluan utama saya kerana saya sering terlupa untuk touch-up. Ia adalah lipliner yang paling tahan lama yang pernah saya cuba, dan tidak akan hilang walaupun selepas makan atau minum. Saya juga suka membawa gloss untuk menambah seri pada bibir, dan tidak lupa Laura Mercier translucent powder untuk kulit yang matte dan licin, selain ia selamat digunakan di bawah cahaya flash!
3. Bagaimana anda mempersiapkan diri untuk acara besar atau photoshoot, terutama dari segi kecantikan?
Saya akan mempersiapkan kulit dengan Decorte Liposome Serum. Kulit saya rasa terhidrat dan ia tidak terlalu berat di bawah solekan, malah sesuai dengan cuaca panas dan lembap, yang bermaksud ia tidak akan membuat pori tersumbat. Untuk rambut, Davines All in One Milk adalah penyelamat saya. Saya sudah lama berdepan dengan masalah rambut frizzy, dan produk leave-in conditioner ini sangat membantu dan rambut saya tetap lembut berjam-jam. Saya sukakan kecantikan yang mudah tetapi memberi hasil yang maksimum.
4. Bolehkah anda berkongsi sebarang tip kecantikan yang mungkin tidak ramai tahu, tetapi sangat berkesan bagi anda?
Menggunakan thick creams atau moisturizers sebagai mask bibir! Saya mempunyai bibir yang sangat kering, dan menggunakan Weleda Skin Food untuk bibir saya telah menyelamatkan saya daripada masalah bibir merekah. Biarkan ia meresap selama beberapa jam, kemudian lap dengan tuala dan semua kulit mati akan hilang. Saya sudah mencuba lip balm dan lip mask, tetapi tiada yang berkesan seperti ini.
5. Bagaimana anda menjaga keseimbangan antara kecantikan dalaman dan luaran dalam kehidupan seharian?
Prioritising my peace and having a joie de vivre mindset could do wonders inside and out! The less stress i am, the more i glow. Ini juga sangat penting untuk self esteem dan keyakinan saya.
6. Bagaimana anda berhadapan dengan hari-hari yang kurang keyakinan dengan penampilan diri?
Saya akan memakai sepasang kaca mata hitam. Ia adalah aksesori yang chic dan memberikan keyakinan segera.
7. Apakah nasihat yang boleh anda berikan kepada mereka yang baru hendak membina rutin kecantikan sendiri?
Do your research! cuba satu produk pada satu masa, bukannya mencuba banyak produk sekaligus. Jika ada yang tidak sesuai, anda akan tahu produk mana yang menjadi punca. Jika sesuatu produk berkesan, teruskan menggunakannya. Do what feels good for you. Sejujurnya, tiada yang betul atau salah dalam kecantikan. Seperti fesyen, ia juga adalah bentuk ekspresi diri.
Artikel Berkaitan: Chit-Chat Cantik: Fyra Alyahya