Jefri Nichol, seorang aktor muda dari Indonesia, kini menjadi perhatian ramai selepas dikaitkan dengan Ameera Khan, adik kepada selebriti Malaysia, Neelofa.
Nama Jefri Nichol, 25 tahun abukanlah asing lagi di dunia seni, terutamanya selepas beliau membintangi beberapa filem besar di Indonesia. Namun, hubungan mesranya dengan Ameera Khan,24 tahun di Jakarta baru-baru ini menambah lagi keterujaan peminat terhadap kehidupan peribadinya.
Ameera Khan, pengaruh media sosial dan usahawan kepada jenama kecantikan baharunya, Ellemkay, baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila dikatakan mempunyai hubungan mesra dengan Jefri Nichol. Perkenalan mereka dipercayai bermula selepas Ameera melawat Jakarta dan bertemu dengan Jefri melalui beberapa acara sosial dan aktiviti bersama.
Foto-foto mereka yang dimuat naik di media sosial sering menunjukkan kemesraan mereka, menimbulkan pelbagai spekulasi tentang hubungan mereka.
Meskipun begitu, kedua-duanya memilih untuk tidak mengesahkan atau menafikan hubungan tersebut secara terbuka. Mereka lebih cenderung untuk berkongsi momen-momen indah dan kebahagiaan mereka di platform sosial, membiarkan peminat mereka membuat kesimpulan masing-masing. Kehadiran Ameera di Jakarta baru-baru ini untuk tujuan peribadi, bersama Jefri sebagai teman mesra, menambahkan lagi keinginan peminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang hubungan mereka.
5 Fakta Tentang Jefri Nichol, teman mesra Ameera Khan:
1. Darah Minang
Jefri Nichol dilahirkan pada 15 Januari 1999 di Jakarta, Indonesia. Beliau merupakan anak sulung daripada dua orang adik iaitu adik perempuan bernama Jessie Putri yang merupakan pempengaruh kecantikan.
Mempunyai darah Minang, Jefri merupakan anak kepada pasangan yang John Hendri dari Minangkabau, dan Junita Eka Putri yang berasal dari Sungai Geringging, Padang Pariaman.
2. Pelakon Terkenal
Jefri Nichol mula dikenali ramai melalui lakonannya dalam filem ” At Stake” pada tahun 2017. Bagaimanapun, popularitinya melonjak naik selepas beliau membintangi filem “Dear Nathan” pada tahun yang sama dalam genre filem romantik.
Filem ini mendapat sambutan hangat di kalangan penonton dan lakonan Jefri sebagai remaja yang berdepan dengan masalah hidup mulai menyukai Salma lakonan Amanda Rawles. Kejayaan besar dalam filem ini membuka peluang untuknya memenangi anugerah ‘Aktor Pendatang Baru Terpilih’ pada acara Piala Maya.
3. Agama Islam
Jefri sebenarnya penganut agama Islam dan sering berkongsi momen-momen bermakna dengan pengikutnya di media sosial. Salah satu momen yang mencuri perhatian adalah ketika Jefri memuat naik gambar berbuka puasa bersama adiknya, Jessi, di akaun Instagramnya.
Baca : Ameera Khan Lancar Jenama Kecantikan Ellemkay Dengan 2 Pemerah Pipi