Gadis cantik berusia 18 tahun ini semakin mencuri perhatian di media sosial, terutama di aplikasi TikTok, di mana dia sering berkongsi momen penuh kemesraan bersama kakak dan adiknya yang sentiasa mengundang senyuman. Namun, apa yang benar-benar menarik perhatian ramai adalah rambut kerinting panjang yang dimilikinya yang membuatkan ramai terpukau. Merupakan pelajar dalam jurusan Business Management dan fasih berbahasa Cina, Triseya memulakan karier modelling seawal usia 15 tahun dan kini dia bernaung di bawah label Who Knows Model.
1. Apa yang membuatkan anda jatuh cinta dengan dunia kecantikan?
Saya jatuh cinta dengan dunia kecantikan kerana ia bukan hanya tentang penampilan, tetapi juga tentang confident, self-care, dan ekspresi diri. Ketika remaja, saya tidak mempunyai banyak masa untuk semua ini kerana lebih fokus pada pelajaran, tetapi saya mula discover beauty through inspiring creators yang memberi inspirasi dengan berkongsi tip dan nasihat. Plus, looking up to creators who have curly hair and tan skin, like me, has helped me see the beauty in myself, dan ia membuatkan saya berasa bangga dengan diri saya.
2. Apa produk kecantikan yang anda rasa sangat underrated dan perlu lebih dikenali?
Saya rasa body shimmer oil sangat underrated! Favourite saya, adalah dari jenama kecantikan Rituals. Ia menjadi pilihan utama saya untuk menyerlahkan penampilan. Saya menggunakannya sebagai langkah terakhir ketika bersiap, menyapunya di leher, tangan, dan kaki. Ia memberikan cahaya yang sempurna dan menjadikan kulit saya kelihatan berseri serta sihat. It’s such a game changer for adding that finishing touch!
3. Apa rutin atau produk yang anda gunakan untuk menjaga kesihatan rambut?
Memandangkan saya mempunyai rambut kerinting, ia memerlukan banyak kelembapan, terutama dengan cuaca di Malaysia. Saya sangat mempercayai produk Shea Moisture kerana ia memberi khasiat yang sempurna untuk rambut saya. Saya menggunakan syampu dan perapi mereka untuk memastikan rambut kerinting saya bersih dan terhidrat. Semasa rambut masih basah, saya meleraikan rambut saya dengan sikat dan selepas mencuci, saya sapukan curl-enhancing smoothie atau leave-in conditioner to protect my curls. Akhir sekali, sapukan minyak untuk memastikan rambut saya berkilau dan bebas dari kekusutan. Ia rutin yang mudah, tetapi sangat berkesan untuk saya.
4. Jika anda hanya dapat menggunakan satu jenis produk kecantikan, apa yang akan anda pilih?
Soalan ini agak sukar kerana saya suka produk penjagaan kulit, solekan, dan penjagaan badan, terlalu banyak yang penting. Namun, jika saya terpaksa memilih hanya satu produk kecantikan, saya pasti akan memilih minyak wangi. Saya memang tidak boleh keluar rumah tanpa bau yang menyegarkan. Kegemaran saya adalah Jo Malone’s English Pear and Freesia. Gabungan nota buah-buahan segar dan bunga yang indah ini memberikan rasa elegan. Memakainya membuatkan saya berasa yakin, segar, dan bersedia untuk mengharungi hari yang mendatang.
5. Bagaimana anda mempersiapkan diri untuk acara besar atau photoshoot, terutama dari segi kecantikan?
Untuk acara besar atau photoshoot, persediaan kecantikan saya bermula dengan penjagaan kulit. Saya pastikan kulit saya dibersihkan dengan baik bagi menghasilkan asas yang licin. Biasanya, saya melakukan rawatan masker muka pada malam sebelumnya dan saya sering mendapat pujian daripada jurusolek mengenai kulit saya semasa sesi photoshoot. It’s simply my favorite thing to do before an important day! Pada hari acara, saya mulakan dengan pelembap dan pelindung matahari. Untuk solekan, saya fokus pada produk yang tahan lama. Saya juga pastikan rambut saya di stail dengan kemas. Bagi penjagaan badan, saya suka menggunakan scrub badan dengan sabun Moroccan untuk membuang sel kulit mati, kemudian saya sapukan pelembap untuk memastikan kulit saya kekal berseri dan licin. When it comes to outfits, I usually steal a few dresses from my elder sister, she has the best ones! Bagaimanapun, yang penting adalah rasa hebat dari hujung rambut hingga hujung kaki, dan memastikan kulit, solekan, badan, dan pakaian saya selaras dengan sempurna untuk hari yang penuh makna.
6. Bolehkah anda berkongsi sebarang tip kecantikan yang mungkin tidak ramai tahu, tetapi sangat berkesan bagi anda?
Satu petua kecantikan yang memberi kesan luar biasa pada saya adalah dengan menggunakan face oil dan gua sha sebelum tidur. Saya urut perlahan-lahan wajah saya dengan minyak tersebut, kemudian gunakan gua sha untuk merangsang peredaran darah, reduce puffiness, lift my skin, and define my features. Kuncinya adalah konsistensi. jika dilakukan secara rutin, anda akan mula melihat perbezaan pada wajah anda. Selain itu, ia memberikan kulit anda cahaya semula jadi yang sihat dan feels super relaxing!
7. Bagaimana anda berhadapan dengan hari-hari yang kurang keyakinan dengan penampilan diri?
Pada hari-hari apabila saya rasa kurang yakin, saya cuba mengingatkan diri bahawa tidak mengapa untuk melalui hari yang kurang baik, kerana itu adalah sebahagian daripada menjadi manusia. Saya fokus pada perkara yang saya sukai, seperti melakukan yoga, menghadiri kelas pilates, pergi ke spa, atau mendengar podcast yang memberi inspirasi. Saya juga cuba mengubah cara berfikir dengan mengamalkan rasa syukur atau memikirkan perkara-perkara yang saya suka tentang diri saya. Ia bukan tentang kesempurnaan, tetapi tentang belajar untuk menerima dan mencintai diri saya seadanya.
Artikel Berkaitan: Chit-Chat Cantik: Lil Bidadari