Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, Eyka Farhana memastikan perpisahan terakhirnya sebagai seorang bujang berlangsung dengan penuh gaya! Bachelorette party eksklusif ini bukan sekadar meraikan dirinya, tetapi juga satu kejutan istimewa buat para bridesmaids yang sentiasa berada di sisinya.
Eyka Farhana baru-baru ini diraikan dalam satu majlis bachelorette party yang meriah bersama rakan-rakan selebritinya, termasuk Yaya Zahir, Azira Syafinaz, Mimi Lana, Amelia Henderson, Puteri Aishah dan Alicia Amin dan juga adiknya, Dyba Farhana.
Bertempat di Sky Sanctuary Suite, Banyan Tree Kuala Lumpur, malam istimewa yang berlangsung pada 20 Februari 2025 ini dianjurkan dengan penuh kemewahan dan sentuhan feminin yang berani, selari dengan aura jenama La Senza. Dengan tema Glam and Elegance, setiap sudut acara ini dipenuhi dengan elemen yang memancarkan keyakinan dan keanggunan – dari set hadiah lingerie eksklusif hingga ke pengalaman glam yang memanjakan para tetamu.
Majlis tersebut dipenuhi dengan kemeriahan dan momen istimewa di kalangan sahabat rapatnya, dengan netizen turut memuji kecantikan mereka yang hadir. Sebelum ini, Eyka dan Akhyar telah mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos 2024.
#EHksklusif membawakan sorotan istimewa dari malam penuh magis ini – saksikan detik-detik manis dan glamor yang dirakam sepanjang bachelorette party Eyka Farhana!
Sesi mengganti pakaian harian kepada Satin Robe dengan cetakan nama manik di belakang.
Dalam perkongsian di media sosial, Eyka dilihat mengenakan selempang “Bride To Be,” memberikan bayangan bahawa perkahwinannya dengan pemain bola sepak Terengganu FC, Akhyar Rashid, semakin hampir.
mm
mm
mm
mm
mm
mm
mm
mm
Bersama-sama, mereka menikmati malam penuh gelak tawa, permainan menyeronokkan, sesi foto glamor, serta eksplorasi koleksi lingerie yang menggoda.
Baca : #EHksklusif Siti Saleha dan Joshua Fitton Sah Diijab Kabul Pagi Ini