Bulan Februari bakal berakhir, laman penstriman Netflix membariskan seleksi rancangan baharu yang pasti menghiburkan anda sepanjang Mac tahun ini.
Bulan Mac ini, Netflix akan menyajikan pelbagai genre rancangan yang menarik, daripada siri drama hingga dokumentari. Netflix menampilkan barisan pelakon baru dan ternama yang semestinya pengguna Netflix teruja untuk menyaksikan seleksi akan hadir.
EH! membariskan rancangan Netflix perlu tonton sepanjang Mac 2024.
Perewangan
Seorang gadis bernama Maya diganggu oleh pelbagai perkara luar biasa. Ironinya, bapa Maya meninggal dunia. Semua teror mengerikan ini berlaku selepas ibu Maya jatuh sakit.
When Life Gives You Tangerine
Di Jeju, kisah seorang gadis bersemangat dan seorang pemuda tekad berkembang di pulau itu, menjadi sebuah perjalanan seumur hidup penuh rintangan dan kejayaan — membuktikan bahawa cinta tetap teguh merentasi waktu.
Chaos: The Manson Murders
Pada Ogos 1969, pengikut Charles Manson membunuh tujuh orang atas arahannya. Mengapa? Selami konspirasi kawalan minda, eksperimen CIA, dan pembunuhan.
Delicious
Semasa percutian mereka di kawasan desa Perancis, sebuah keluarga Jerman yang kaya terjerat dengan seorang pekerja hotel muda yang menyimpan niat jahat.
Tebusan Dosa
Liku-liku perjuangan Wening, seorang ibu yang rela dihantui dan menebus dosanya demi bersatu kembali dengan anak perempuannya yang hilang, Nirmala.