Zaman sekarang, siapa kata kalau aktif dekat TikTok atau Instagram tidak boleh skor SPM? Ramai sahaja pempengaruh Gen Z dekat luar sana yang bukan saja bijak rencana kandungan digital, tetapi dalam masa yang sama, cemerlang dalam pelajaran SPM.
Gen Z sering digambarkan sebagai generasi yang hidup dalam dunia maya dengan menghabiskan masa di media sosial, mencipta kandungan dan membina persona digital yang menarik perhatian ribuan malah jutaan pengikut.
Namun, di sebalik penampilan glamor dan gaya hidup yang dilihat dari skrin, wujud satu sisi lain yang jarang disorot iaitu kecemerlangan akademik.
Pempengaruh-pempengaruh muda ini berjaya mengubah tanggapan klise bahawa selebriti media sosial hanyalah golongan yang pandai berhibur tanpa pencapaian intelek. Dengan keputusan SPM yang membanggakan, mereka mencabar stereotaip tersebut dan membuka mata masyarakat bahawa kejayaan bukanlah sesuatu yang bersifat satu dimensi.
Pempengaruh Gen Z ini bukan sahaja popular di platform seperti TikTok, Instagram dan YouTube, tetapi juga membuktikan kebijaksanaan mereka melalui keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang.
Maria Danisha Norman Hakim 8A
Maria Danisha, anak ketiga kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, telah mencatatkan pencapaian akademik yang membanggakan. Dalam peperiksaan terkini di Abedeen Academy, beliau memperoleh 8A daripada 10 subjek dengan CGPA keseluruhan 3.96. Selain pencapaian akademik, Maria Danisha juga telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik dan menerima Anugerah Modal Insan, menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai aspek!
Imanopie 3A+, 6A
Iman Alysha, yang dikenali di media sosial sebagai @imanopiee, merupakan seorang pempengaruh internet yang terkenal di platform TikTok dan Instagram.
Mendapat perhatian ramai kerana kecantikan semula jadi, Imanopiee telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh 3A+ dan 6A dan melanjutkan pengajian di Durham University, salah sebuah universiti terkemuka di United Kingdom.
Leona Azhar 7A 1B
Kasih Iris Leona, anak bongsu kepada pelakon Azhar Sulaiman, memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 dengan mencatatkan 7A 1B+. Beliau berkongsi keputusan tersebut di Instagram dengan kapsyen, “7As 1B+, I think I did okay”.
Menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas, Kuala Lumpur dan kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang Undang-Undang di Universiti of Bath, United Kingdom.
Ezlisa Loy 7A, 2B
Menduduki peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras dan memperoleh keputusan 7A 2B, adik kepada pelakon terkenal Elfira Loy, Ezlisa Loy memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2013.
Setelah menamatkan pengajian di peringkat menengah, Ezlisa melanjutkan pengajian dalam bidang Statistik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang tersebut.
Ammar Effendy 9A
Ammar Effendy, anak sulung pelakon terkenal Malaysia, Rozita Che Wan (Che Ta), memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2013 dengan mencatatkan 9A. Beliau menduduki peperiksaan di Kolej Yayasan Saad, Melaka.
Sebagai penghargaan atas pencapaian akademiknya, Ammar menerima sebuah kereta Audi R8 bernilai kira-kira RM660,000 daripada ibunya, Che Ta!
Muhd Azeem Fahmi 6A
Muhammad Azeem Fahmi, pelari pecut sensasi Malaysia yang digelar ‘Usain Bolt Malaysia’, memperoleh keputusan cemerlang 6A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021. Beliau mencatatkan 3A+ dan 3A- dalam mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains, dan Ekonomi.
Meskipun jadual latihan yang padat dan beberapa kejohanan yang perlu disertai sepanjang minggu peperiksaan, beliau berjaya menyeimbangkan komitmen akademik dan sukan dengan cemerlang!
Erysha Emyra 9A
Nur Erysha Emyra Zakaria, anak kedua kepada dramatis terkenal Noniswara, memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016. Beliau merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur.
Keputusan cemerlang ini mendapat perhatian media dan masyarakat, dan Erysha turut merancang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara dalam bidang Perakaunan di United Kingdom. Namun, selepas mula terlibat dalam dunia lakonan, Erysha memutuskan untuk menangguhkan pengajian universiti bagi memberi tumpuan kepada kerjaya seni.
Wani Kayrie 7A
Wani Kayrie, yang dikenali dengan nama sebenar Syazwani Abdullah, telah mencapai kejayaan luar biasa dengan meraih 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2017.
Antara subjek yang beliau berjaya mendapat A termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), serta Tasawwur Islam. Manakala, beliau memperoleh B dalam subjek Matematik dan C+ dalam Akaun.
Amir Ahnaf 5A
Amir Ahnaf, nama sebenar Muhammad Amir Ahnaf bin Mohd Khairudin, memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau merupakan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang Diploma Reka Bentuk & Pembangunan Permainan.
Amir kemudian memulakan kerjaya seni sebagai peserta Hero Remaja 2021, sebuah program pencarian bakat terkemuka di Malaysia. Beliau kemudian mendapat perhatian melalui watak Kahar dalam drama bersiri Projek: High Council yang ditayangkan di Astro Go dan Astro Ria.
Adam Azrai anak Zarina Zainuddin 6A
Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, anak bongsu pelakon terkenal Malaysia Zarina Zainuddin, telah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023. Beliau berjaya meraih 6A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, dan Sains Sukan, serta 2B+ dalam Bahasa Melayu dan Prinsip Perakaunan.