Bertempat di The Exchange TRX, satu pertemuan istimewa berlangsung pada 23 April 2025 yang menyatukan minat, ilmu dan inspirasi wanita moden. Dalam kolaborasi pertama bersama Wardah, EH! menganjurkan sebuah bengkel kecantikan eksklusif yang menghimpunkan komuniti EHsociates dalam suasana yang hangat, intim dan sarat inspirasi.
Bermula dengan sesi santai di ruang pop-up House of W ruang interaktif yang direka khas oleh Wardah, Ehsociates disambut dengan keindahan visual dan nilai estetika yang selari dengan falsafah kecantikan jenama ini. Selain menjelajah stesen kecantikan dan sudut foto berlatarkan konsep minimalis moden, wardah juga turut sediakan sebuah ruang kafe sementara, W Café, yang menawarkan pilihan pastri dan minuman untuk dinikmati sambil bersosial. Ruang ini bukan sahaja menjadi tempat beristirahat, malah turut menjadi tempat pertemuan antara penggemar kecantikan yang berkongsi minat yang sama.
Sorotan utama acara pastinya sesi bengkel eksklusif bersama Dr. Wina, seorang pakar kecantikan yang terkenal dengan pendekatannya yang mesra dan mudah difahami. Dikenali ramai kerana ilmu penjagaan kulit yang praktikal, Dr. Wina membimbing para EHsociates dalam bengkel yang bersifat hands-on, di mana setiap peserta diberi peluang untuk mendalami teknik penjagaan asas yang penting dalam membina rutin kulit yang sihat dan berterusan. Dalam suasana penuh interaksi, peserta bukan sahaja belajar teori, tetapi juga mengaplikasikannya sendiri dengan tunjuk ajar langsung dari Dr. Wina, menjadikan setiap langkah penjagaan kulit terasa lebih mudah dan menyeronokkan.
Dr. Wina turut memperkenalkan rangkaian produk ikonik Wardah. Antaranya, Micro Peeling Serum, Calm & Soothe Gel Cleanser dan Moisturizer. setiap satu produk ini diformulasi khas untuk memenuhi keperluan kulit wanita moden. Menggabungkan elemen halal dan mesra kulit, produk-produk ini semakin mendapat tempat di hati wanita urban yang mencari penyelesaian kecantikan yang tidak hanya berkesan, tetapi juga selamat dan menyegarkan. Dr. Wina membimbing para Ehsociates untuk memahami kegunaan dan cara terbaik untuk mengintegrasikan produk-produk ini dalam rutin penjagaan kulit harian mereka, memberikan kulit yang sihat dan bercahaya.
Menariknya, suasana bengkel yang bersifat intim dan eksklusif ini membolehkan setiap peserta bertanya, bereksperimen dan mencuba sendiri produk dengan tunjuk ajar secara langsung daripada pakar. Ia bukan sekadar satu sesi kecantikan, tetapi pengalaman personal yang membina hubungan lebih erat antara jenama, pakar dan pengguna.
Sebagai tanda penghargaan, setiap EHsociates pulang dengan set cenderahati eksklusif bernilai RM350. Namun, lebih berharga daripada itu adalah ilmu yang mereka bawa pulang, kenangan manis yang tercipta sepanjang acara, dan rasa keyakinan baru terhadap kecantikan diri.
EH! mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Wardah atas kerjasama yang sangat berharga dan penuh komitmen. Begitu juga kepada setiap EHsociates yang sentiasa memberikan sokongan yang luar biasa, menjadikan acara ini satu kejayaan yang tidak dapat dilupakan.
Artikel Berkaitan: EH! x Wardah Himpunkan Pembaca Bertuah Dalam Bengkel Solekan Eksklusif Bersama Ummi Nasir