Nama Maxime Bouttier semakin menjadi sebutan selepas aktres dan model terkenal Indonesia, Luna Maya, mengumumkan pernikahan mereka secara rasmi.
Luna Maya dan Maxime Bouttier sah bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung penuh adat dan suasana privasi. Menariknya, mas kahwin atau mahar yang dipersetujui ialah logam emas seberat 7.5 gram serta wang tunai sebanyak USD2,025 (sekitar Rp33 juta). Nilai tersebut dipilih sebagai simbolik kepada tahun pernikahan mereka 2025, menjadikannya bukan sekadar formaliti, tetapi juga bermakna secara emosi.
Kenali Maxime Bouttier, 31 tahun suami romantis kepada Luna Maya berusia 41 tahun;
1. Model Bali
Maxime Bouttier memulakan perjalanannya dalam dunia hiburan sebagai model di Bali. Persekitaran multi-culture di Bali menjadi tempat permulaan di mana Maxime mula dikenali, terutamanya dalam kalangan jurugambar dan agensi tempatan. Penampilannya yang menarik serta personalitinya yang mesra menjadikannya cepat mendapat tempat dalam industri peragaan.
Beliau kemudian membuat keputusan untuk berpindah ke Jakarta, satu langkah penting yang menjadi titik perubahan dalam kerjayanya. Di ibu kota, Maxime mula menceburi dunia lakonan. Beliau memulakan debutnya dalam drama bersiri remaja.
2. Gitaris band Dear9three
Maxime Bouttier bukan hanya seorang pelakon dan model, tetapi juga seorang pemuzik yang aktif. Beliau merupakan vokalis utama, pemain gitar dan pemain piano dalam kumpulan muzik rock moden dari Jakarta Selatan yang dikenali sebagai Dear9three. Kumpulan ini ditubuhkan pada Februari 2024 dan turut dianggotai oleh Archie Arrakhman (bass & vokal latar) serta Eki Rifki (dram & vokal latar).
Dear9three menggabungkan elemen rock dan pop dalam muzik mereka dan pada 11 Oktober 2024, mereka melancarkan single pertama berjudul “Bright Side of The Moon”, yang dicipta bersama oleh Maxime, Archie, dan Eki. Lirik lagu ini ditulis khas oleh Maxime untuk pasangannya, menggambarkan kisah cinta dan menghadapi cabaran bersama.
3. Cinta berputik di lokasi filem
Maxime Bouttier dan Luna Maya pertama kali bertemu di lokasi penggambaran filem yang sama, Tak Kenal Maka Tak Sayang pada tahun 2014. Pada awalnya, mereka tidak langsung rapat. Namun, peranan Nagita Slavina sebagai orang tengah membuatkan mereka mula saling mengenali dengan lebih mendalam. Sejak Disember 2022, benih-benih cinta mulai tumbuh dan hubungan mereka pun berkembang secara perlahan.
Pasangan ini memilih untuk menjalani hubungan secara tertutup pada awalnya. Hanya pada April 2024, Maxime dan Luna secara rasmi mengumumkan status hubungan mereka kepada umum. Perbezaan usia yang agak jauh tidak menjadi penghalang bagi keduanya.
4. Darah campuran Prancis-Indonesia
Maxime Bouttier memiliki darah campuran Prancis dan Indonesia. Ia dilahirkan di Poitiers, Prancis, pada 22 April 1993, namun dibesarkan di Bali, Indonesia. Ayahnya berasal dari Prancis, sementara ibunya adalah orang Indonesia. Manakala, Luna Maya memiliki darah campuran Indonesia dan Austria. Ayahnya, Uut Bambang Sugeng, berasal dari Jawa dengan akar keluarga di Bojonegoro dan Cirebon, manakala ibunya, Desa Maya Waltraud Maiyer, adalah wanita berdarah Austria. Pasti anak mereka cantik dan tampan!
5. Pernah jadi model video klip NOAH
Selepas debut, wajah Maxime mula sering muncul di televisyen. Pada tahun 2013, jejaka kelahiran Perancis ini mendapat peluang baharu sebagai model dalam video muzik kumpulan NOAH untuk lagu berjudul Ini Cinta.
Dalam video muzik tersebut, Maxime bergandingan lakonan dengan pelakon Tatjana Saphira. Mereka membawakan watak seorang lelaki dan wanita yang kelihatan sedang jatuh cinta antara satu sama lain. Video muzik lagu NOAH ini telah ditonton lebih daripada 25 juta kali di YouTube
6. Bintang Hollywood
Pada tahun 2022, Maxime mula mengembangkan sayapnya ke industri perfileman Hollywood. Beliau diberi kepercayaan untuk membintangi filem Amerika berjudul Ticket to Paradise yang ditayangkan pada 8 September 2022.
Dalam filem ini, Maxime berlakon bersama barisan pelakon terkenal Hollywood seperti George Clooney, Julia Roberts, dan Kaitlyn Dever. Maxime memegang watak sebagai Gede, yang menjalinkan hubungan dengan Lily, watak yang dilakonkan oleh Kaitlyn Dever.