Jangan lepaskan peluang rebuti photocard dan pelbagai pembelian edisi terhad dari Rosie!
Peminat muzik dan peminat setia Rosie kini berpeluang merasai sendiri pengalaman eksklusif di Rosie Pop-Up Kuala Lumpur, yang berlangsung dari 17 hingga 29 Jun 2025 di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
Terletak di aras G (berhadapan lokasi terpilih di Zon B), acara ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan kemasukan adalah percuma!
Apa yang menanti anda di Rosie Pop-Up Kuala Lumpur?
Pop-up store ini bukan sekadar ruang jualan biasa. Ia adalah destinasi untuk para peminat menyelami dunia album Rosie yang penuh emosi dan cerita tentang penemuan diri dan patah hati. Antara tarikan utama termasuk:
Merchandise edisi terhad
Dapatkan pakaian dan aksesori eksklusif yang diinspirasikan daripada lagu-lagu popular seperti APT dan Number One Girl.
Ruang interaktif dan photobooth
Pengunjung boleh bergambar di latar belakang bertemakan album Rosie, menjadikan lawatan anda lebih bermakna.
Hadiah eksklusif dengan pembelian (Gift With Purchase – GWP)
- Beli apa-apa barangan dan anda akan menerima 2 rekaan photocard eksklusif.
- Belanja minimum RM199 untuk mendapatkan Photocard A edisi terhad.
- Belanja RM399 pula akan melayakkan anda menerima Photocard A & B.
- Dan jika anda berbelanja RM499 ke atas, anda akan berpeluang untuk menyertai Spin & Win dan memenangi hadiah menarik untuk dibawa pulang.
Pembayaran boleh dibuat melalui tunai, kad, dan juga QR code, menjadikan pengalaman membeli-belah anda lebih mudah dan lancar! Dan jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi eksklusif Rosie, stok adalah terhad, jadi pastikan anda datang awal!
Baca: Siapakah Bekas Teman Lelaki Rosé Dalam ‘Toxic Till The End’?