Jika teman lelaki anda seorang peminat tegar F1, EH! senaraikan idea hadiah yang berkaitan dengan dunia F1 pastinya akan membuatkan dia teruja dan dihargai!
Kalau teman lelaki anda sejenis yang setiap hujung minggu sibuk tengok Grand Prix, hafal nama setiap pelumba dan tiba-tiba nak beli steering wheel untuk main racing game, besar kemungkinan dia tengah dilanda ‘F1 fever’. Tambah pula sekarang, filem F1 terbaru lakonan Brad Pitt tengah meletup di pawagam!
Daripada barangan edisi terhad pasukan kegemarannya, pengalaman menonton Grand Prix sehinggalah aksesori harian yang diinspirasikan oleh F1, 5 idea hadiah ini akan menjadi suatu memori yang bermakna buat si dia.
1. TOMMY HILFIGER The APXGP Collection Boxy Varsity Jacket (RM4,259)
Koleksi ini diinspirasikan terus daripada dunia perlumbaan Formula 1 dan turut muncul dalam filem F1 lakonan Brad Pitt yang kini sedang hangat ditayangkan. Jaket Boxy Varsity Jacket ini bukan saja tampil dengan potongan oversized, sporty dan kemas, tetapi juga membawa elemen nostalgia sukan perlumbaan dan satu statement untuk peminat F1 sejati.
2. LEGO Ferrari SF-24 F1 (RM999)
Untuk teman lelaki yang suka F1 dan suka aktiviti santai, set LEGO Ferrari SF-24 ini memang kena dengan jiwa. Ia gabungan sempurna antara minat perlumbaan dan hobi membina. Hasil akhir pun cantik, boleh dijadikan hiasan meja atau rak.
3. ADIDAS MERCEDES – AMG PETRONAS FORMULA ONE TEAM DRIVER JERSEY AUTHENTIC (RM499)
Kalau teman lelaki anda penyokong setia Mercedes-AMG Petronas atau peminat Lewis Hamilton, jersi rasmi driver authentic ini memang hadiah yang tak boleh salah. Materialnya premium, potongan kemas dan sama seperti yang dipakai oleh pelumba sebenar di litar. Hadiah yang sempurna untuk dia pakai waktu tengok race atau sekadar gaya harian.
4. Experience F1 The Movie 4DX @ GSC
Kalau nak beri pengalaman berbeza, ajak teman lelaki anda tonton F1: The Movie dalam versi 4DX di GSC. Pengalaman kerusi yang bergerak, kesan angin, gegaran dan pencahayaan realistik, rasa macam betul-betul ada di litar perlumbaan! Hadiah ini mungkin nampak simple, tapi impaknya sangat besar, especially kalau dia memang tengah ‘layan’ demam F1 sekarang!