Bintang K-Pop sentiasa menghidangkan A-game dari segi penampilan mereka. Lihat saja MV mereka pendek kata, K-Pop is a beauty playground! Setiap kemunculan membawa identiti tersendiri. Mereka bukan sekadar mencipta trend, malah menjadi rujukan utama dunia kecantikan global. Tak hairanlah ramai menjadikan idola K-Pop sebagai inspirasi utama
Industri hiburan khususnya K-Pop, bukan saja menggoncang carta muzik global, tetapi juga memainkan peranan besar dalam dunia kecantikan dan fesyen. Cukup berjalan di lorong-lorong utama Seoul pasti terlihat papan iklan yang menghiasi setiap butik. Bukan hanya peminat, bahkan jenama global menjadikan selebriti Korea sebagai sumber inspirasi trend terkini.
Kali ini, EH! senaraikan 7 makeup look paling ikonik dalam MV K-Pop yang bukan sahaja meninggalkan impak visual, malah mengubah landskap kecantikan moden. Mana tahu, look kegemaran anda juga tersenarai.
1. Lisa – LALISA
Dalam debut solo LALISA, Lisa menghidangkan visual bak ratu dalam busana etnik Thailand. Solekan mata beraksen gold foil, eyeliner tajam ala Cleopatra, dan kontur wajah yang menyerlahkan struktur tulang pipinya, semuanya digabungkan dengan gingko gold touches yang memukau.
2. Taeyeon – INVU
Dalam muzik video INVU, Taeyeon tampil seperti dewi angkasa, menampilkan makeup look dengan highlight holografik dan eyeliner silver, lengkap dengan glitter halus di bawah mata, memberikan aura dreamy dan celestial. Untuk menambah dimensi, helaian rambutnya dihias dengan sembilan jenis manik dan aksesori unik, menjadikan gaya ini benar-benar ethereal.
3. Hwasa – Maria
Sensual, bold dan fearless. Dalam MV Maria, Hwasa mencipta look power femme dengan mata smoky menggoda dan kening natural yang tidak diusik. Aura rebel dan misterinya terpancar kuat, menjadikan look ini sebagai simbol kebebasan ekspresi dalam kecantikan.
4. Chung Ha – Snapping
Chung Ha membawa glamor ke dalam MV Snapping. Rambut blonde platinum dan solekan bertatahkan mutiara serta batu permata seperti ‘menangis’ dari bawah matanya, menjadikan visual MV ini antara MV paling diingati dalam dunia K-Pop.
5. Jennie- Kill this love
Sukar untuk melupakan visual ikonik Jennie dalam MV ini. Eyeliner berlapis dan garisan emas yang menitik turun dari matanya mencipta satu gaya misteri dan dramatik. Gabungan antara struktur mata tajam dan busana tentera menjadikan Jennie tampak seperti heroin dalam dunia distopia.
Artikel Berkaitan: Lingling Bakal Menjadi Idola K-pop Pertama Dari Malaysia