Throwback ini mengimbau kembali projek-projek ‘detik permulaan’ yang menyatukan nama Amira Othman & Fattah Amin dalam satu skrin, satu jenama dan satu hati.
1. Jakel
Rezeki awal tahun 2025 menyaksikan kedua pasangan ini dilamar menjadi duta raya Jakel, kempen ‘Raya Mendonia’. Penuhi tuntutan kerja bersama, Fattah dan Amira bekerjasama mempromosi baju raya Jakel, diselit usikan oleh Elly Mazlein yang sempat mendengar Fattah tersilap menyebut ‘Yang’ kepada Amira pada sesi jualan
@jakel.os Bismillah, memperkenalkan AMIRA OTHMAN sebagai wajah atau duta rasmi Jakel Raya 2025 Min betul betul letih nak simpan rahsia dengan semua tau. Betul betul min hampir terlepas cakap bagitau Cik Amira kita yang manis dan sopan santun ni wajah Jakel Raya 2025 Tak sabarnya nak tunjuk semua koleksi RTW baju raya letops Jakel Raya dan paling penting ada macam macam designs untuk kekakak melaram di pagi raya Sebelum apa apa biarlah min kongsi pantun barang sekerat dua untuk kekakk semua “Banyak terbang si burung camar Dipokok ara singgah menanti Banyak orang datang melamar Hanya Fa..ehhh! Salahhh Hanya Jakel Cik Amira menanti” Manehhhh ekkkk. Takkan tak bersemut. Takkan pagi pagi taknak sedondon ekkk. Takkan taknak melawo dengan baju raya jakel letopss ekkk. Ok kita lockkkk baju rayaaa Jakel ok! #JakelTextile #IngatRayaIngatJakel #JakelBarulahRaya
2. Pak Mat Western
Kolaborasi di Pak Mat Western memberi ruang untuk peminat melihat sisi lain mereka berdua lebih kasual, dekat dengan kehidupan seharian. Segalanya bermula apabila Fattah dilantik sebagai Ketua Pegawai Pemasaran Pak Mat Western Sdn. Bhd. yang berkuatkuasa 20 November 2024.
Kemudian kemunculan Amira di TikTok LIVE Pak Mat Western menghangatkan lagi bibit-bibit cinta mereka. Ketika ini mereka saling mengusik, Fattah berkata “Couple haram. Kita kahwin terus, bagi Halal”.
@pakmatwesterncafee Amira dah ready? 🤔🫣 #fyp #foryoupage #foryou
3. Bila Nak Kahwin? (Official Music Video)
Dilancarkan pada 11 Januari, lagu bergenre pop ceria nyanyian Amira Othman dengan penampilan Cameo istimewa, Fattah Amin dalam muzik videonya menjadi buah mulut peminat.
Dari suntingan foto muat naik di akaun Fattah Amin dan Amira Othman, sungguh mencuit hati peminat dan tambahan, chemistry semula jadi mereka memberi kehidupan pada jalan cerita MV!
4. KLFW Rizman Ruzaini
Hadir bersama pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW), pasangan ini hadir serasi dalam busana Rizman Ruzaini dan keduanya duduk di barisan hadapan (front row) di KLFW.
EH! merakam momen mereka bertelatah dan ketawa malu, seakan Fattah berjenaka kepada Amira, dan seperti dunia itu mereka punya tatkala pentas peragaan fesyen berjalan.
@ehmalaysia #fattahamin cakap apa tu sampai #amiraothman ketawa? #ehmalaysia #klfw
5. Amber
Kata peminat, seperti gambar Pre-wedding! Jenama gaya hidup Amber melancarkan sebuah video promosi baharu menampilkan Fattah Amin dan Amira Othman berjalan di sekitar sebuah banglo mewah di New Zealand, dengan Fattah kelihatan memegang sejambak bunga ros.
Tidak lama selepas video itu dimuat naik ke media sosial, ruangan komen segera dibanjiri dengan reaksi peminat yang mengatakan ia seolah-olah memberi “vibes pra-perkahwinan”.
@ambermodeofficial Follow their journey into the unknown. 🌹 @fattahaminz & @amiraaothman —Where stories find their soul. ✨ #SomewhereSomehowSomeone #AmberTakesNewZealand #AmberKualaLumpur
6. Poskad Cinta Dari Auckland
Drama televisyen ini menampilkan Fattah Amin dan Amira Othman sebagai teraju utama. Naskhah ini mula bersiaran secara eksklusif bermula 7 September melalui UTV di aplikasi Usanita, sekali gus memberi nafas segar kepada industri drama Melayu dengan latar penuh keindahan bumi Auckland, New Zealand.
7. Hijabistahub – Finale Hint ‘F’
Rakaman yang dimuat naik oleh pengasas jenama HijabistaHub, Wanie Elena, di Instagram itu seolah-olah memberi bayangan bahawa sesuatu yang istimewa bakal berlaku.
Dalam video berdurasi 50 saat tersebut, Amira tampil dengan senyuman manis, wajah berseri-seri dan menggayakan busana pengantin HijabistaHub.
Video yang memperlihatkan penyangkut baju berlabel abjad A dan F berlaku secara tidak disengajakan apabila pihak produksi tidak menyedari penggunaan inisial tersebut. Hal itu akhirnya mengundang salah faham dalam kalangan netizen, yang menyangka ia seolah-olah mengesahkan desas-desus mengenai perkahwinan mereka.
@hijabistahub Today is the day 🤲🏻 Semoga ikatan suci ini menjadi permulaan sebuah kehidupan yang penuh bahagia, diredhai Allah, dan kekal hingga ke akhir hayat. #amiraothman #FAAO #fattahamin #hijabistahub