Hari Malaysia semakin hampir, tiba masanya untuk merancang hujung minggu anda dengan mengunjungi pop-up dan aktiviti menarik!
Hari Malaysia disambut setiap 16 September, dan pastinya ramai ingin meraikan dengan cara yang istimewa. Lebih meriah apabila wujudnya pop-up dan aktiviti yang boleh menambah semangat patriotik serta mengeratkan hubungan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sama ada anda mencari barangan bercirikan Malaysia untuk menunjukkan semangat kenegaraan atau makanan tempatan yang lazat untuk dikongsi, pop-up ini menawarkan pelbagai pilihan untuk membantu anda meraikan Hari Malaysia dengan penuh warna-warni!
Keretapi Sarong
Acara Keretapi Sarong telah menjadi tradisi tahunan sejak pertama kali dianjurkan pada tahun 2012. Menjelang tahun 2025, acara ini kini memasuki edisi ke-9 dan sekali lagi bakal memeriahkan sambutan Hari Malaysia.
Lebih daripada sekadar acara, Keretapi Sarong mencerminkan kreativiti rakyat Malaysia dalam memartabatkan budaya tradisional, sambil mempamerkan semangat perpaduan yang utuh dan berwarna-warni.
Tarikh: 13 September 2025
Lokasi: Stesen terpilih
Waktu: 8.00 pagi
Harmoni Warisan
Tarikh: 12 hingga 16 September 2025
Lokasi: Central Market (Pasar Seni)
Waktu: 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Festival Budaya Malaysia 2025
Festival Budaya Malaysia 2025 bakal diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, menampilkan persembahan seni, pameran budaya dan fiesta makanan yang meriah. Acara ini diraikan bersempena sambutan Hari Malaysia, sekali gus memperkukuh semangat perpaduan rakyat serta menjadi pemangkin menuju Tahun Melawat Malaysia 2026.
Tarikh: 12 hingga 16 September 2025
Lokasi: Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Waktu: 9.00 pagi hingga 11.00 malam
Pasar Sera x The Messy Club
Tarikh: 13 hingga 16 September 2025
Lokasi: Kotasas, Bandar Baru Kuantan
Waktu: 11.00 pagi hingga 11.00 malam
The Kolong Malaysia
Tarikh: 11 hingga 14 September 2025
Lokasi: The Kolong, Johor Bahru
Merdeka Fun Run 2025
Tarikh: 21 September 2025
Lokasi: Taiping Mall, Taiping
Waktu: 7.00 pagi
Baca:
5 Jenama Ini Hadir Dengan Perisa Unik Sempena Merdeka 2025!
10 Kafe Putrajaya Paling Popular Untuk Kopi, Brunch & Dessert