Anugerah Industri Muzik (AIM) kembali lagi dengan edisi ke-24 yang berlangsung penuh meriah di Arena of Stars, Genting Highlands pada 13 September 2025.
Malam gemilang Anugerah Industri Muzik (AIM) kembali menghimpunkan barisan artis, komposer, penerbit dan penggiat seni muzik tanah air bagi meraikan karya terbaik yang telah diterbitkan dalam tempoh dua tahun terakhir.
Tema rasmi, “Kemuncak Segala-galanya”, AIM24 mengetengahkan malam gala yang berprestij, formal evening wear) iaitu sut/tux untuk lelaki dan gaun malam/ballgown atau pakaian eksklusif untuk wanita. Acara ini dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad.
Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM) 2025
Album Terbaik – Belagu II – Dayang Nurfaizah
Lagu Terbaik – Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul
Artis Baru Terbaik – Ryenald Guntabid – Lumangad Oku Dika
Vokal Lelaki Terbaik – Ryenald Guntabid – Lumangad Oku Dika
Vokal Wanita Terbaik – Aina Abdul – Jangan Mati Rasa Itu
Kugiran Terbaik – Mafidz – Teleportasi
Vokal Kumpulan Terbaik – Inteam – Nasab Nabi
Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik – Faizal Tahir & Dato’ M.Nasir – Campak Bintang
Lagu Perpaduan Terbaik – Bendera – Faizal Tahir
Lagu Etnik Terbaik – Cinta Setandan Pisang – Den Manjo & Eda Ezrin
Lagu Tradisional Terbaik – Canda Citra Cinta – Hazra
Lagu Nasyid Terbaik – Biar Satu Dunia Tahu – Faizal Tahir & Mirwana
Lagu Pop Terbaik – Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul
Lagu Rock Terbaik – Saksama – Akim & The Majistret
Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik – Angkat – Mimifly
Lagu Rap/Hip-Hop Terbaik – Dannok – Salammusik feat. Namewee
Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama – Hasrat – Amir Jahari
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – My Home Is In Your Arms – Daiyan Trisha
Lagu Cina Tempatan Terbaik – Divorce In Ghana 在加納共和國離婚 – Firdhaus 菲道爾
Lagu India Tempatan Terbaik – Pothum – Sheezay & Hashmita
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara – Bertengkar Manis – Rossa & Barsena Bestandhi
Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik – Masing Masing – Ernie Zakri & Ade Govinda
Kulit Album/Single Terbaik – Iman – Ismail Izzani
Rakaman Album Terbaik – Imaji (Deluxe Edition) – Aina Abdul
Rakaman Lagu Terbaik – Aura – Ernie Zakri
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – Rindu Menyapa – Dayang Nurfaizah
Video Muzik Terbaik – Voodoo – KRU
Lagu Paling Tinggi Distrim – Masing Masing – Ernie Zakri ft. Ade Govinda
Lagu Paling Tinggi Ditonton di TikTok – Santai – Faizal Tahir
Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Ditonton di YouTube – Sayunk I Love You – Chombi
Anugerah Sri Wirama – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Baca: Pop-Up Dan Aktiviti Yang Diadakan Sempena Hari Malaysia 2025