Chanel mengumumkan kembalinya Nicole Kidman sebagai bintangnya, dan turut meminang pelakon Amerika, Ayo Edebiri sebagai ‘muse’ yang baharu.
Di zaman remaja saya, Nicole Kidman antara figura layar perak yang berjaya menangkap mata saya. Saya tertarik melihat gaya permaidani merahnya lagi-lagi selepas dia muncul dengan filem muzikal kegemaran ramai, Moulin Rouge. Dan dek kerana filem itulah juga, dia banyak meraih pencalonan di bermacam-macam majlis anugerah termasuklah untuk Anugerah Akademi.
Saya masih ingat lagi di acara Oscar yang mana Nicole tercalon sebagai pelakon wanita terbaik, dan ketika itu dia hadir dalam gaun dengan gaya ropol bertingkat-tingkat di bahagian dada dan kaki. Gaun ilham Chanel itu masih segar dalam ingatan saya sampai ke hari ini.

Di era yang sama, Nicole Kidman juga menjadi wajah haruman ikonik, Chanel No 5, dan filem iklan haruman itu juga diarah oleh pengarah yang sama untuk filem Moulin Rouge, Baz Luhrmann.
Kini selang berpuluh tahun, Nicole Kidman kembali disunting menjadi wajah rasmi rumah fesyen Paris ini. Pengumuman wanita kelahiran Australia ini sebagai wajah rasmi disusuri dengan kemuncualnnya di pertunjukan musim bunga/panas Chanel di paris baru-baru ini.
“Saya teruja untuk menjadi sebahagian dari Chanel lebih-lebih lagi di titik permulaan Matthieu di sini. Sebagai seorang yang sangat memandang tinggi pada Haute Couture, saya sangat teruja untuk melihat visi yang dibawakan oleh Matthieu, dan semestinya teruja untuk menyarung persalinan rekaannya. Chanel sentiasa selangkah di hadapan, menyerlah dan menyerikan penampilan setiapw anita yang menggayakannya, dan saya pasti Matthieu akan menyempurnakannya sebagaimana yang dilakukan oleh Karl,” kongsi Nicole.
Bagi Matthieu Blazy pula, Nicole Kidman memang sinonim dengan Chanel, dari penampilan ikoniknya untuk kempen Chanel No 5 hinggalah pelbagai gaya di karpet merah. Baginya, Nicole memang mewakili suara Chanel. “Bekerja dengan Nicole adalah satu yang menjadi nyata, ia semestinya sesuatu yang sangat menggembirakan saya,” ujarnya.
AYO EDEBIRI TURUT MENYINARI CHANEL
Selain Nicole, Chanel turut megumumkan pelakon, pengarah dan penulis skrip, Ayo Edebiri sebagai salah seorang lagi wajah rasmi Chanel untuk musim terbaru. Sebelum muncul di pertunjukkan terbaru di minggu fesyen paris, Ayo Edebiri. Terlebih dahulu dilihat menyarung Chanel di Festival FIlem Venice dan juga Festival Filem New York.
“Matthieu and I clicked right away. Saya sukakan visinya, sensitif dan juga menyeronokan. Ia ringkas dan elegan, dan dalam masa yang sama cantik dan berkuasa. Rekannya memberi saya keyakinan diri dan saya masih menjadi diri sendiri,” luah Ayo Edebiri.
BACA: Mia Goth, Greta Lee & Mikey Madison Bintang Baru Lady Dior