“Pakai lip gloss apa tu?” Dari kilauan lembut sampai yang super juicy, ini 7 lip gloss yang pasti buat semua pandang dua kali.
Bibir berkilau bukan sekadar trend — ia simbol keyakinan, pesona dan gaya. Dari tekstur lembut hingga kilauan menggoda, lip gloss kini hadir dengan formula lebih canggih dan tahan lama. Kami himpunkan 7 lip gloss yang pasti membuatkan orang tertanya, “pakai apa tu?” — pilihan terbaik untuk bibir yang kelihatan segar, penuh dan menawan sepanjang hari.
Fenty Beauty
Perkenalkan ahli terbaharu dalam keluarga Gloss Bomb — Gloss Bomb Stackz! Hadir dengan tiga lapisan gloss bertindan yang bergabung mencipta satu rona periwinkle iridesen edisi terhad bernama Unicorn Blizzard.
Harga: RM130
Huda Beauty Faux Filler Gloss
Lip gloss yang melembapkan, memberikan kilauan paling tinggi dan efek juicy untuk bibir yang tampak penuh dan menawan.
Formulanya membantu meratakan serta menyamarkan garis halus, mencipta kesan seperti lip filler — tanpa rasa pedih atau menyengat, hanya bibir tampak penuh dengan kilauan mewah yang menawan pandang.
Harga: RM115
TARTE Maracuja Juicy Lip Plump Shimmer Glass
Balsem serba lengkap ini berfungsi sebagai plumping balm, gloss, pewarna bibir dan rawatan hidrasi dalam satu. Diformulasikan dengan mutiara duokrom berkilau yang mencair lembut di bibir, ia memberikan kilauan berlapis dan juicy tanpa sebarang kesan berkilau berlebihan.
Diperkaya dengan Cushion Comfort XL Complex yang mengandungi asid hyaluronik dan ekstrak maracuja, bersama lebih daripada 10 jenis superfruit, balsem ini membantu mengunci lembapan sambil meratakan dan memantapkan bibir untuk hasil yang halus, montok dan menawan.
RM120
Lancôme Juicy Tubes
Lancôme Juicy Tubes ialah lip gloss dengan kilauan tinggi, tahan lama, serta memberikan kelembapan dan hidrasi mendalam — untuk tekstur yang selesa dan rasa bahagia setiap sapuan.
Lip gloss ikonik yang menjadi kegemaran ramai ini kekal dengan tekstur tebal dan lembut bak kusyen, sentuhan khas yang hanya dimiliki oleh Juicy Tubes — simbol asal kecantikan bibir yang tak lapuk dek zaman.
Harga: RM99
Dear Dahlia Paradise Sparkle Lip Glaze
Dear Dahlia Paradise Sparkle Lip Glaze hadir dengan formula berkilau dan berkilauan tinggi yang memberikan kesan bibir tampak lebih penuh dan menawan. Diperkaya dengan butiran mutiara berkilau seakan ais, lip glaze ini mencipta efek bercahaya dan berdimensi tinggi yang menyerlahkan keanggunan semula jadi bibir.
Harga: RM104
Kilauan memukau. Seri iridesen yang sukar ditolak. Afterglow Lip Shine dalam rona terbaharu Intergalactic — lip gloss jernih dengan sentuhan kilau ungu berlapis cahaya yang menawan.
Formulanya yang ringan dan selesa meluncur lembut di bibir, memberikan kilauan seperti cermin sambil melembapkan sehingga lapan jam untuk hasil bibir yang segar dan mempesona sepanjang hari.
Harga: RM130
Charlotte Tilbury Big Lip Plumpgasm Lip Plumper
Big Lip Plumpgasm dalam rona Pink Diamonds Plumpgasm — baharu untuk 2025! Big Lip Plumpgasm beraroma pertama di dunia, hadir eksklusif dengan haruman coklat edisi terhad yang memikat deria sambil memberikan bibir yang kelihatan lebih penuh, lembut dan menggoda.
Harga: RM160
Baca:
5 Idea Set Hadiah Percutian Eksklusif Buat Tersayang
Pinktober, Ini 5 Produk Berona Merah Jambu Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara
Momen Kecantikan Terbaik dari Minggu Fesyen Musim Bunga/Panas 2026