Kecil-kecil cili padi, begitulah gambaran paling tepat untuk gadis yang mesra disapa Najlaa ini. Aktif bersukan, gadis berzodiak cancer ini bukan sekadar lincah di gelanggang futsal malah gemar menghabiskan masa menonton perlumbaan F1 dan bola sepak, dia juga gemar bereksperimen dengan pelbagai resipi berasaskan matcha. Berbeza daripada kebanyakan content creator lain, Najlaa memilih untuk mengekalkan keaslian dirinya. Baginya, menjadi autentik adalah kunci untuk kekal relevan dalam dunia digital yang serba pantas ini. Dalam masa yang sama, dia turut menyeimbangkan kehidupannya sebagai pelajar jurusan Psikologi sambil bekerja dalam industri kreatif. Benar-benar definisi grace with grit!

1. Bagaimana anda mula tertarik dengan dunia kecantikan, dan apakah yang menginspirasikan anda untuk berkongsi rutin cantik anda dengan pengikut di media sosial?
Kakak saya banyak main peranan. Dia dulu merupakan jurusolek! Semua produk solekan pertama saya pun sebenarnya hand-me-downs daripada dia. Semuanya bermula dengan video transition sekadar suka-suka, tapi lama-kelamaan saya jatuh cinta dengan proses mencipta dan berkongsi. Entah macam mana, dunia kecantikan kini sudah menjadi sebahagian besar daripada diri saya.
2. 3 produk kecantikan yang wajib ada dalam beg anda
Lip Slick by Mare by Marion, Huda Beauty Lip Contour, dan Eau Thermale Avène Spring Water. kombinasi bibir yang sempurna dan face mist yang wajib ada, terutamanya dalam cuaca lembap Malaysia!
3. Apa jenis produk kecantikan yang paling anda suka cuba dan kenapa?
Saya memang pencinta pemerah pipi sejak dulu rasa tidak lengkap tanpa blush! Buat masa ni, obsesi terbaru saya ialah Rhode Pocket Blush dalam rona “Piggy.” Teksturnya sangat mudah diratakan, saiznya comel dan warnanya pula memang sepadan sempurna dengan saya.
4. Bolehkah anda berkongsi sebarang tip kecantikan yang mungkin tidak ramai tahu, tetapi sangat berkesan bagi anda?
Getting a lash lift and applying lash serum or lash oil every single day. Honestly, it’s been life changing! Sekarang saya dah tak perlu risau pasal bad lash days lagi. Bulu mata kekal sihat dan panjang hasil penggunaan minyak bulu mata. Ia jimat banyak masa waktu pagi, dan walaupun pada hari saya tak bersolek, mata tetap nampak segar, lifted dan kemas.

5. Bagaimana anda menjaga keseimbangan antara kecantikan dalaman dan luaran dalam kehidupan seharian?
Saya memang sangat ambil berat tentang apa yang saya makan dan minum. Bila teringin sesuatu yang manis, saya biasanya akan pilih jus atau smoothie sebagai gantinya. Saya sangat percaya bahawa kecantikan bermula dari dalam, bila kita rasa baik di dalam, ia akan terserlah di luar. Saya juga pastikan untuk kekal dengan rutin harian saya walau sesibuk atau semalas mana pun. Saat-saat kecil penjagaan diri itulah yang buat saya rasa tenang, seimbang dan jadi versi terbaik diri sendiri.
6. Bagaimana anda berhadapan dengan hari-hari yang kurang keyakinan dengan penampilan diri?
Fake it till you make it. Saya jarang rasa kurang yakin dengan penampilan diri sebab saya percaya rasa tidak yakin tu selalunya datang bila kita mula bandingkan diri dengan orang lain. Jadi, saya cuba fokus pada diri sendiri dan apa yang buat saya unik. Tapi pada hari-hari di mana saya rasa tak berapa okay, saya akan ingatkan diri untuk lebih lembut dan berbaik dengan diri sendiri dan jujurnya, tak ambil peduli sangat apa orang lain fikir memang banyak membantu
7. Apakah nasihat yang boleh anda berikan kepada mereka yang baru hendak membina rejim kecantikan sendiri?
Jadilah diri sendiri dan kekal konsisten. Find that one thing that makes people want to come back to your page and watch you! Bila kita jujur, orang boleh rasa keikhlasan itu dan dari situ lah terbinanya kepercayaan. Jangan pula lupa siapa diri anda sepanjang proses itu. Be kind to yourself, nikmati proses belajar apa yang sesuai untuk anda, dan ingat kecantikan sepatutnya menyeronokkan, bukan beban!

Artikel Berkaitan: EH!kspresi Cantik, Lina Azaian
