Seminggu berlalu, namun kemeriahan konsert EMPAT masih diperkatakan oleh peminat empat penyanyi popular, Anuar Zain, Ziana Zain, Ernie Zakri dan Syamel.
EH! Sempat ke belakang pentas melihat persiapan Ernie Zakri di bilik
solek. Mengenakan tiga persalinan iaitu dari Rizman Ruzaini, Teh Firdaus dan Amazae, jadi Sahir memilih gaya solekan yang mampu mengimbangi ketiga-tiga persalinan yang nyata berbeza warna.
Sahir Sabri mengenakan warna pembayang mata yang nampak neutral dan hanya menaikkan bahagian mata dengan permainan glitter dan juga bulu mata palsu. Ayuh lihat tujuh produk yang Sahir Sabri gunakan.
Charlotte Tilbury Air Brush Flawless Foundation
Bedak asas yang popular di kalangan jurusolek selebriti lewat kebelakangan ini. Bedak asas jenis cecair ini mempunyai litupan yang menyeluruh, menghasilkan kanvas wajah yang mulus dengan kemasan pusam. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, dari kering hingga yang berminyak. Harganya RM235.
Airbrush Flawless Finish Refillable
Bedak untuk set solekan, sapuan pada bahagian berminyak seperti t-zone dan pilihan tepat sebagai bedak untuk touch-up. RM235.
Armani Beauty Luminous Silk Cheek Tint
Untuk pemerah pipi, Sahir Sabri memilih pemerah pipi jenis krim dari Armani Beauty, dan dia memilih kod 62. Pemerah pipi ini ringan dan ia menggunakan formula warna seperti gincu Armani agar warnanya tahan lama. Harga RM195.
Dior Backstage Glow Maximizer Palette
Penaik seri, layangan highlighter yang mencipta dimensi pada solekan. Palet popular ini antara yang sering ada dalam kit solekan jurusolek profesional. RM265.
Liquid Matte Ultra-Comfort Transfer-Proof Lipstick
Gincu pusam kesukaan ramai termasuk Sahir sendiri. Kali ini dia memilih kod Wifey, ton nude yang sedikit coklat. RM128.
Dior Addict Lip Maximizer
Sebagai pelengkap solekan bibir, selepas menyapu gincu Huda Beauty, bibir Ernie dicalit dengan glos ini dan Sahir Sabri memilih glos dalam ton jingga yakni kod 061. RM180.
Charlotte Tilbury Air Brush Flawless Setting Spray Matte
Penyembur wajah yang versatil! Boleh disembur sebelum memulakan solekan, dan boleh juga sebagai setting spray selepas siap menyolek wajah. Selain itu anda boleh juga semburkan setting spray ini pada berus pembayang mata atau eyeliner, kemudian luncurkan pada bahagian mata untuk solekan yang tahan lama. RM185 dan boleh dapatkannya di sini!
BACA: 10 Produk Khir Khalid & Juno Ko Gunakan Merias Dayang Nurfaizah








