Kebaya merah Teh Firdaus yang digayakan To’ Puan Syamim memang menaikkan seri Syamim saat dia menjadi pengiring Yang Mulia Datin Paduka Seri kepada Cik Afzaa Fadini Abdul Aziz di majlis resepsinya minggu lalu. Penampilannya itu lebih menyerlah dengan solekan natural Razzi Musa dan rambutnya pula didandan dengan gaya reben oleh Mei Choi. Bersama EH!, Razzi berkongsi beberapa produk penting yang digunakannya saat menyolek wajah Syamim Farid di Istana Alam Shah, Klang.
Charlotte Tilbury Charlotte’s Magic Cream
Kulit yang dihidrat sebaiknya adalah kunci untuk asas solekan yang sempurna. Razzi Musa memilih krim yang bertekstur mewah ini untuk disapu rata pada keseluruhan wajah Syamim sebelum melapiskannya dengan bedak asas. RM485.
Cle De Peau Radiant Cream Foundation
Untuk asas solekan, Razzi Musa memilih bedak asas ini yang teksturnya ringan, sesuai untuk efek gaya ‘no makeup, makeup’. Razzi meratakan menggunakan berus dan beauty blender. Harganya RM550.
Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Refillable
Untuk asas solekan yang tahan lama perlulah dikunci dengan bedak, dan Razzi memilih bedak ini untuk dilayang tipis pada keseluruhan wajah. RM235.
Patrick ta Major Dimension Eyeshadow Duo
Memilih kod ‘We Need Better Lighting’, pembayang mata berkilauan ini, Razzi sapukan pada sudut mata sahaja untuk menyerlahkan solekan mata yang polos. Sedikit sahaja sudah mampu membuatkan riasan mempesona. RM210, dapatkan di sini!
Patrick Ta Major Headlines Double-Take Creme & Powder Blush
Untuk gaya solekan yang ‘manis-manis’, pemerah pipi kod ‘She’s Seductive’ dilayangkan pada buah pipi Syamim. Ramai jurusolek selebriti sukakan pemerah pipi ini kerana ia datang dalam dua tekstur, bedak dan krim. RM190.
RIASAN BIBIR
Untuk solekan bibir, Razzi Musa menggunakan tiga produk sebagai satu ‘kombo’ untuk hasilkan gaya bibir yang nampak penuh dan paling penting warnanya melengkapi keseluruhan solekan. Sebelum menyapu gincu, bibir Syamim terlebih dahulu dilukis dengan M.A.C Lip Liners kod Subculture. Kemudian dicalit dengan gincu Charlotte Tilbury kod Candy Chick. Akhir sekali, Razzi Musa melapiskan bibir dengan Patrick Ta Major Volume Plumping Gloss Looks Natural (RM130)








