Pemilik nama penuh Mohammad Nur Badron Munirah Rio Abdillah ini lebih mesra dipanggil Mun. Masih muda, Badron berbintang Gemini dan berasal dari Sarawak. Bermula sebagai content creator, Badron sudah membuka langkah masuk ke bidang lakonan. Antara drama yang dibintanginya ialah drama Putri dan Phrince.
Dalam skala 1-10, sejauh mana keterujaan tentang kehidupan kamu hari ini?
10! Always enjoy you life!
Hal terbaik berlaku tahun ini?
Berlakon. Saya berpeluang bertemu dengan pelbagai jenis orang. Dalam masa yang sama saya dapat memperbaiki skil saya dalam bidang hiburan.
Siapakah individu yang menjadi inspirasi?
Jika dalam hal menerbitkan content, Ryan Bakery, kerana ideanya memang dekat dengan saya. Jadi saya lebih fokus dan senang untuk membuat content yang relate dengan semua orang.
Dalam bidang lakonan pula, Hun haqeem. Dia seorang yang sangat merendah diri dan versatil. Kami pernah berlakon di dalam set yang sama, dari situ saya lihat dia adalah seorang yang boleh saya jadikan role model kerana saya menerima banyak input dari dia.
Dan jika dalam kehidupan, semestinya ibu! Dia selalu berpesan, “jadilah orang yang baik walaupun orang di sekeliling kita jahat”.
Bagaimana kamu kekal bermotivasi dan berinspirasi?
Know your goals kerana bila kita tahu arah tuju dan sasaran kita, ia akan menjadi motivasi yang membakar semanagt untuk kita capai apa yang kita mahukan.
Cara kamu merehatkan diri?
Dekatkan diri dengan alam semula jadi seperti bersantai di air terjun. Enjoy!
Apakah perkara paling mencabar yang pernah kamu lakukan?
Mendaki Gunung Santubong dalam keadaan yang kurang bersedia.

Pernahkah kamu diminta mengubah sesuatu tentang diri kamu?
Yes, my weight! Because I like to eat.
Apakah erti kejayaan bagi kamu?
Success bagi saya ialah bila kita mempunyai circle orang yang baik dalam kehidupan.
Apakah perkara terbesar yang kamu pelajari tentang diri kamu tahun lalu?
Saya sedar yang saya boleh lakukan apa yang saya mahu. Cuma ia memerlukan usaha dan disiplin. Bagi saya disiplin adalah kunci utama.
Sejauh mana proses kreatif berubah secara peribadi?
Kreativiti saya berkembang bila saya berjumpa ramai orang, sama. ada menerusi pemerhatian mahupun pengalaman itu sendiri. Cara terbaik untuk menjadi lebih kreatif adalah dengan belajar tentang seseorang atau sesuatu.
Apakah isu semasa yang paling dekat dengan diri kamu ketika ini?
Jika tentang isu dalam negara, saya fikir isu buli di kalangan remaja sekolah antara yang perlu diberikan perhatian dan ditangani segera.
Apa perkara utama yang membezakan generasi kamu berbading dengan generasi lain sebelum ini?
Lebih terbuka dan cekap mengendali teknologi.
Bagaimana kamu menyeimbangkan kehidupan sosial dengan ketenangan diri sendiri?
Secara sosialnya saya akan datang dengan personaliti, yang selalunya berbeza dengan karakter diri saya sendiri apabila saya bersendirian.
Apakah salah faham lazim tentang pekerjaan kamu?
Orang melihat saya sebagai penerbit kandungan jenaka tetapi hari ini saya sudah mula berlakon. Saya mahu orang melihat diri saya sebagai seorang yang versatil.
Apakah nasihat yang akan kamu berikan kepada orang yang merasakan suara mereka tidak dianggap penting?
It’s okay jika suara anda tak didengari tapi percayalah masih ada orang yang mendengar dan menyokong kita dalam diam.
Apakah plan kerjaya kamu dalam masa terdekat?
Saya mahu menjadi orang yang lebih baik dari semalam. Ini adalah mantra harian saya.
Arahan Kreatif: Khairul Abidin, Gambar: Edmund Lee, Hexa Productions, Videografi: Simon Tan, Arahan Seni: Amirul Arifin, Penata Gaya: Erdina Hairi, Penerbit Kandungan Digital: Farah Ain, Grooming: Sahir Sabri, Dandanan: Ckay Liow, Pakaian & Aksesori: COACH
BACA: #EHTOP20 Nina Hasnul
