Rambut bukan sekadar aksesori, ia adalah ekspresi peribadi yang berubah mengikut gaya hidup, mood dan kesibukan harian kita. Dengan jadual yang padat, semakin ramai memilih untuk membawa pengalaman salon terus ke rumah dan mujurlah hair tools masa kini hadir dengan teknologi yang semakin powerful, bijak dan mesra pengguna.
Ada beberapa hair tools yang sudah pun mencipta momentum global, disukai pakar rambut, dipuji pengguna dan diburu peminat kecantikan kerana prestasi sebenar yang mereka tawarkan. Sebelum 2026 membuka tirai, EH! senaraikan lima hair tools pilihan kami yang wajib anda miliki sebelum menjelang tahun baru.
1. Dyson Airwrap Co‑anda2x™
Jika ada satu alat yang sentiasa menjadi benchmark untuk multi-styler, Dyson Airwrap pasti dalam senarai. Versi Co-anda2x ini tampil lebih berkuasa dengan Hyperdymium dua motor yang memberi dua kali ganda tekanan udara. Hasilnya pengeringan lebih cepat dan curl yang lebih kemas tanpa merosakkan rambut. Enam fungsinya menjadikannya alat versatil, manakala ciri seperti RFID attachments dan i.d. curl memberi sentuhan pintar yang memudahkan pengguna. Edisi amber silk pula menambah sentuhan mewah dengan gabungan tona burgundy, copper dan champagne pink yang sangat chic.

2. Shark Beauty FlexStyle™ Hair Styler
Shark FlexStyle adalah multi-styler yang paling versatil dan berbaloi untuk tahun ini. Ia mudah ditukar daripada hair dryer kepada styler lengkap dengan hanya dengan menukar attachment. Easy-wrap curlers membentuk curl natural dengan teknologi coanda, manakala dua jenis berus memberi pilihan antara rambut yang lebih volume atau lebih shining. Dengan rotatable nozzle, sesi blow dry menjadi lebih mudah. Ringkas, cepat dan sangat user-friendly, sesuai untuk sesiapa yang mahukan hasil salon tanpa perlu bersusun alat di meja solek.

3. GHD Unplugged Hair Styler
GHD Unplugged adalah alat wajib bagi anda sentiasa on the go. Walaupun cordless dan bersaiz kompak, ia tetap menawarkan prestasi seperti styler dengan suhu optimum 185°C yang konsisten. Ia memanaskan dengan cepat, mudah dicaj melalui USB-C, dan cukup ringan untuk disimpan dalam tas tangan. Sama ada anda perlu touch-up selepas gim, event penting atau ketika travel, alat ini dicipta supaya anda tidak pernah ‘caught off guard’.

4. Drybar The Wrap Party Curling & Styling Wand 240V AU
Untuk curl yang lebih defined, inilah alatnya. Drybar The Wrap Party menggunakan barrel reverse-taper yang membantu rambut melilit dengan lebih stabil, menghasilkan wave yang lembut tetapi kemas. Suhu digital hingga 450°F memberi kawalan yang baik untuk pelbagai jenis rambut, dan pemegang ergonomiknya menjadikan styling lebih selesa. Ia alat yang tepat jika anda mahu hasil curl yang nampak effortless but polished!

5. GHD Duet Blowdry Professional 2-in-1 Hair Dryer Brush
Jika anda mahu jimat masa, GHD Duet Blowdry adalah jawapannya. Ia mengeringkan dan membentuk rambut dalam masa yang sama, menjadikan rutin pagi jauh lebih cepat. Dengan airflow pintar, suhu rendah optimum dan bristle bebas-sangkut, ia memberi rambut tiga kali ganda volume, lebih berkilau dan kurang frizz. Hasilnya juga tahan sehingga 24 jam. Benar-benar terasa baru lepas blowout di salon.

Artikel Berkaitan: 10 Limited Edition Holiday Set Bawah RM150 di Sephora
