Cinta tidak datang daripada profil paling sempurna atau kata-kata puitis, tetapi daripada kejujuran dan keserasian yang sebenar. Siapa sangka, jodoh yang selama ini dicari mungkin cuma satu swipe sahaja jaraknya.
Zaman sekarang, mencari jodoh bukan lagi seperti drama di TV, tersalah pandang di kafe atau dikenalkan oleh ahli keluarga ketika kenduri. Semuanya boleh bermula dengan satu swipe, satu match, dan satu mesej ringkas “Hi, awak suka kopi atau teh?”
Daripada yang serius mahu membina masa depan, hinggalah yang sekadar ingin mengenali orang baharu sebelum tahun berganti, ini lima aplikasi cari jodoh paling popular di Malaysia yang menjadikan pencarian cinta lebih mudah dan kurang awkward.
1. Tinder
Aplikasi cari jodoh paling popular dengan jumlah pengguna terbesar, Tinder sering dianggap sebagai pintu masuk ke dunia dating apps. Konsepnya ringkas, swipe kanan kalau suka, kiri kalau tidak. Sesuai untuk mereka yang terbuka ingin kenal ramai orang, sama ada untuk berkawan, dating atau siapa tahu mungkin bertemu jodoh.

2. Bumble
Girls make the first move. Bumble juga antara aplikasi popular, di mana wanita perlu memulakan perbualan terlebih dahulu selepas padanan berlaku. Lelaki hanya boleh membalas selepas wanita menghantar mesej pertama. Jadi kurang mesej pelik, lebih respectful dan lebih selamat untuk yang tahu apa yang mereka mahu dan tidak suka buang masa.

3. Coffee Meets Bagel
Jika anda jenis slow move dan tidak gemar swipe tanpa henti, Coffee Meets Bagel adalah pilihan ideal. Aplikasi ini menawarkan padanan terhad setiap hari berdasarkan minat dan personaliti, menjadikan setiap match lebih berkualiti dan bermakna. Jika kedua-duanya saling berminat, barulah perbualan dibuka menjadikan pengalaman dating lebih fokus tanpa small talk kosong.

4. Muzmatch (Muzz)
Aplikasi Muzz semakin popular di Malaysia, terutamanya dalam kalangan muslim urban yang ingin kenal pasangan dengan cara lebih teratur. Ada pilihan chaperone, video call dan tetapan ikut keselesaan sendiri. Dengan ciri-ciri yang menitikberatkan batas pergaulan. Anda boleh pilih sama ada mahu kenal secara santai atau terus ke arah perkahwinan.

5. Omi
Aplikasi Omi cukup popular dalam kalangan Gen Z dan young millennials yang inginkan pengalaman dating lebih santai dan kreatif. Apa yang buat Omi lain adalah aplikasi ini menggunakan AI untuk bantu cari match berdasarkan minat, vibe dan gaya perbualan. Profil Omi juga lebih santai, visual dan less pressure sesuai untuk yang ingin kenal orang baru tanpa rasa terlalu “dating formal”.

Artikel Berkaitan: Awas! Ini 5 Tanda Kawan Anda Sebenarnya Suka Pasangan Anda
