Jika anda sedang mencari busana yang cantik di mata, bajet mesra poket dan tetap bergaya, ini adalah panduan yang tepat untuk anda.
Untuk tampil kemas, sopan dan nampak mahal, anda tidak perlu berbelanja besar.
Kini, terdapat pelbagai koleksi baju kurung 2026 bawah RM200 yang hadir dengan potongan moden, fabrik selesa serta rekaan minimalis yang tampak eksklusif, sesuai untuk kegunaan harian, ke pejabat mahupun acara istimewa.
EH! himpunkan pilihan baju kurung dan kebaya mampu milik bawah RM200 tetap elegan, lengkap dengan sentuhan warna trend 2026 dan siluet yang menaikkan seri pemakai.
Naelofar – Nilamsari Kurung Set (RM197.94)
Nilamsari Kurung Set daripada koleksi Pulang: A Journey Home (Raya 2025) menampilkan rekaan baju kurung klasik yang diserlahkan dengan sentuhan moden. Dihasilkan daripada fabrik bercetak floral yang lembut dan selesa dan potongan kurung panjang dengan leher bulat mencipta gaya sopan dan kemas, manakala pleats halus pada lengan menambah tekstur serta elemen eksklusif pada rekaan.
Sebagai set lengkap, ia didatangkan bersama shawl chiffon sedondon bersaiz 70” x 27”, memudahkan padanan dan menjadikan keseluruhan penampilan lebih harmoni. Tersedia dalam tiga warna; Opal, White Jade dan Blush.
Zoe Arissa – Handini Hanvika Kurung (RM89.90)
Handini Hanvika Kurung daripada Zoe Arissa tampil sebagai pilihan baju kurung moden yang ringkas tetapi tetap menyerlah dengan perincian halus. Direka khas untuk wanita yang mengutamakan keselesaan, diperbuat daripada premium cotton crepe, fabriknya lembut, ringan serta bernafas, menjadikan ia sangat selesa dipakai dalam cuaca panas.
Keistimewaan baju kurung ini terletak pada kemasan lace premium serta sulaman halus di hujung pergelangan tangan dan labuh baju, yang menaikkan seri busana walaupun dengan potongan yang minimal.
Menampilkan rekaan yang anggun dan romantik, sesuai untuk wanita yang menggemari gaya feminin dengan sentuhan sofistikasi moden. Siluetnya yang lembut dan mengalir menjadikan setiap pergerakan tampak cantik dan effortless. Rekaan V-neck build-up collar memberi ilusi leher yang lebih panjang dan kemas dan perincian lace halus serta drapes lembut pada bahagian badan menambah elemen eksklusif serta mencipta siluet yang lebih ramping dan feminin.
Dihasilkan daripada heavy chiffon dengan lapisan como crepe, Elora Kurung terasa jatuh cantik, tidak melekat pada badan dan selesa dipakai sepanjang hari.
Caftanist – Orked Cotton Striped Kebaya with Lace Trim Set (RM199.00)
Orked Cotton Striped Kebaya Set daripada Caftanist mengetengahkan gaya kebaya moden yang ringkas dan versatil. Diperbuat daripada 100% cotton, fabriknya lembut, ringan dan sangat bernafas, menjadikannya selesa dipakai sepanjang hari tanpa rasa panas. Material ini juga tidak memerlukan inner, sesuai untuk gaya minimal dan mudah digayakan.
Rekaan kebaya berjalur (striped) memberi ilusi tubuh yang lebih kemas dan tinggi, manakala kemasan lace halus di bahagian trim menambah elemen feminin tanpa kelihatan terlalu sarat.
















