Di sebalik sorotan media terhadap Zohran Mamdani, figura politik muda dan berpengaruh, ramai yang ingin tahu tentang wanita di sisi beliau.
Pada 4 November lalu, Zohran Mamdani memenangi jawatan Datuk Bandar New York City dalam satu kemenangan bersejarah sebagai seorang sosialis Demokratik. Di sisi beliau pada malam kemenangan ialah isterinya, Rama Duwaji, seorang artis Amerika-Syrian, yang turut mencuri perhatian dunia.

Dari latar belakang pendidikan hingga bibit cinta, Rama Duwaji membawa warna tersendiri dalam kehidupan Zohran Mamdani, menjadikannya pasangan yang serasi di mata ramai.
Lahir di Amerika Syarikat
Rama Duwaji dilahirkan di Houston, Amerika Syarikat dan dibesarkan di Dubai sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang seni di kolej. Duwaji, 28 tahun,merupakan anak kepada ibu bapa warga Syria dan menghabiskan sebahagian zaman kanak-kanaknya di Dubai.
Jiwa seni
Beliau merupakan seorang ilustrator, animator dan pakar seramik dengan rekod kerja berprofil tinggi. Projek dan tugasan beliau telah dipaparkan di media seperti The New Yorker, The Washington Post, The Cut, dan BBC. Dan beliau juga pernah menghasilkan karya untuk pelanggan ternama seperti Apple, Spotify, dan Tate Modern.

Bertemu di aplikasi
Mamdani dan Duwaji mula berkenalan melalui aplikasi dating digital, Hinge pada 2021, kemudian bertunang pada akhir 2024 dan mengadakan majlis perkahwinan di City Hall pada Februari 2025.
Mamdani secara terbuka mengucapkan terima kasih kepada Duwaji atas sokongannya sepanjang kempen pilihan raya dan semasa ucapan kemenangan, Mamdani memanggil beliau dengan istilah Arab “Hayati,” yang bermaksud “hidupku.”

Baca:Kenali Tengku Bakar Ahmad, Lelaki Yang Dikaitkan Dengan Ameera Khan
