Tahniah buat Eyka Farhana dan suami, Akhyar Rashid yang kini menantikan kelahiran cahaya mata sulung.
Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, Eyka Farhana dan suaminya, Akhyar Rashid berkongsi bahawa Eyka kini berbadan dua.

Berita mengujakan itu dikongsi oleh Eyka Farhana bersama peminatnya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram dua hari lalu.
“Daripada dua hati menjadi tiga 🤍 Masyaallah Tabarakallah, anugerah terbesar kami sedang dalam perjalanan.” Kongsi Eyka dalam hantaran berbentuk video.
Hari ini, Eyka berkongsi lagi hantaran dalam berbentuk gambar dengan kapsyen:
“Mama to be 🤍 Dalam masa hanya setahun, hidup saya telah berubah dengan begitu indah, daripada seorang isteri kepada bakal seorang mama. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa disayangi dan bersyukurnya hati saya saat ini ♡
Semoga Allah melindungi bayi saya, menjaga si kecil ini agar sentiasa sihat dan membesar dengan bahagia di dalam kandungan. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua atas kasih sayang yang tidak berkesudahan serta doa-doa buat kami.”




