Antara aksesori yang tidak boleh dilepaskan dari wardrobe raya anda adalah selendang bahu.
Tahun ini, pelbagai jenama tampil dengan rekaan terkini, warna trending dan material premium yang menaikkan seri setiap persalinan.
Dari corak minimalis yang chic hingga ke sulaman mewah, EH! senaraikan jenama-jenama selendang bahu yang wajib dimiliki untuk menjadikan Raya 2026 anda lebih berkelas dan bergaya.
Jenama selendang bahu Raya 2026:
My Ballerine
Koleksi Selendang Series oleh My Ballerine tampil dengan empat variasi rekaan istimewa iaitu Kamelia, Sinaran, Senja dan Teratai. Setiap helaian memberi fokus kepada perincian lace yang halus serta sulaman kemas pada hujung kain berbentuk scallop.
Umma
Selendang UMMA hadir dalam pelbagai pilihan gaya sama ada klasik dan glam moden.
Direka dengan elemen understated glamour, ia menampilkan sulaman floral yang halus bersama perincian labuci lembut di atas fabrik tulle mesh yang ringan dan sheer. Teksturnya yang ringan memudahkan ia jatuh dengan cantik dan effortless!
Whimsigirl
Whimsigirl memperkenalkan helaian headpiece panjang dengan siluet berkepala lengkung yang lembut, diserikan perincian sulam goyang halus di sepanjang bahagian hood. Dilengkapi butang snap untuk gaya yang lebih versatil, rekaan ini memberi ruang untuk pelbagai interpretasi styling, sama ada minimal atau statement.
Dihasilkan dalam fabrik linen yang bertekstur semula jadi, helaian ini merupakan sebahagian daripada Artist Edition, koleksi eksklusif yang dihasilkan dalam kuantiti terhad.
Teruntum Putih
Menampilkan keindahan fabrik organza yang sheer dan bertekstur ringan, selendang Terumtum Putih diperkemaskan dengan sentuhan scallop yang feminin dan refined. Turut tersedia dalam versi chiffon scallop dengan lapan pilihan rona elegan, helaian ini menjanjikan jatuhan lembut yang effortless serta aura yang anggun dan timeless.
Hijabistahub
Menggabungkan tekstur organdy yang ringan dan berstruktur bersama motif sulaman klasik yang halus, koleksi Hijabistahub ini mencerminkan keanggunan yang understated. Alternatif chiffon dengan sulaman scallop pula menawarkan siluet yang lebih flowy dan lembut, sempurna untuk mereka yang menggemari gaya minimal namun tetap berperincian.
Poplook
Poplook menampilkan selendang panjang dengan perincian scallop yang feminin dan refined. Pilihan pertama diperbuat daripada organza bersulam dengan sentuhan sequin (100% polyester) untuk efek kilauan subtil.
Turut hadir dalam dobby tulle yang ringan dengan scallops di bahagian hem (100% polyester), serta versi lebih lembut menggunakan soft tencel blend, 80% tencel dan 20% polyester dengan sulaman scallop yang lebih intricate untuk jatuhan yang effortless dan premium.
Anasri
Daripada sulaman halus hingga ke sentuhan lacework artisanal, setiap helaian Anasri merakam esensi kelembutan dan keanggunan yang timeless, menjadikan setiap lilitan satu pernyataan gaya yang penuh grace.
Koleksi ini meraikan keindahan perincian yang teliti, menampilkan lima variasi shawl berbeza yang direka untuk melengkapi pelbagai gaya dan suasana. Aurea pula tampil sebagai interpretasi soft luxury, memadukan feminiti yang abadi dengan sentuhan warisan moden.
Byaqla
Nostalgia Raya Selendang byaqla diperbuat daripada silky silk organdy yang lembut dan ringan, dengan jatuhan cantik serta keselesaan berpanjangan. Menampilkan sulaman penuh bersama dua tambahan panel sulaman di setiap sisi, ia menawarkan variasi gaya yang lebih versatil dan elegan.
Baca: Baju Raya 2026 Matcha Strawberry, Dari Kurung Hingga Kebaya
























