Tahun ini, kemeriahan sambutan Hari Raya hadir dengan sentuhan yang lebih playful apabila HWC Coffee memperkenalkan kempen MEOW-RIAH RAYA, sebuah kolaborasi edisi terhad yang menggabungkan dunia kopi, karakter comel dan koleksi eksklusif yang pasti mencuri perhatian.
Menerusi kerjasama bersama Pasal Meow, IP tempatan yang dikenali dengan karakter kucingnya yang comel dan kreatif, kempen ini membawakan pengalaman Raya yang lebih ceria dan segar, selari dengan gaya generasi hari ini. Daripada merchandise collectible hinggalah minuman edisi khas musim perayaan, setiap elemen direka untuk menambah warna serta kemeriahan dalam sambutan Raya. Lebih menarik, semua tawaran dalam kempen ini adalah Halal-certified, menjadikannya pilihan yang selesa untuk dinikmati semua pelanggan.
Kempen ini akan berlangsung dari 16 Februari hingga 31 Mac 2026 di lebih lapan puluh cawangan HWC Coffee di seluruh negara, menampilkan visual karakter Pasal Meow yang playful tetapi masih mengekalkan sentuhan estetika moden. Ia sekali gus menjadikan sambutan Raya tahun ini terasa lebih ceria.
Koleksi Eksklusif dan Merchandise Bermakna
MEOW-RIAH RAYA bukan sekadar kempen promosi biasa, malah hadir dengan rangkaian merchandise eksklusif yang direka untuk menambah keceriaan sambutan Raya. Antara yang mencuri perhatian ialah plushie edisi terhad Pasal Meow, collectible comel yang bukan sahaja menghiburkan, malah sesuai dijadikan hadiah istimewa atau kenangan manis sempena Syawal.
Turut melengkapkan koleksi ini ialah tote bag HWC x Pasal Meow yang praktikal dan stylish untuk kegunaan harian, sementara sampul raya hijau bersama sticker eksklusif memberikan sentuhan segar kepada tradisi memberi duit raya.
Setiap item dalam koleksi ini direka dengan teliti bukan sekadar cantik dipandang, tetapi juga menyeronokkan untuk dikongsi, dipamerkan dan dijadikan sebahagian daripada suasana Raya yang lebih ceria, moden dan penuh warna.
Minuman Raya Edisi Terhad
Bagi melengkapkan kemeriahan kempen ini, HWC COFFEE turut memperkenalkan pilihan minuman bersaiz 1 liter yang sesuai untuk dikongsi bersama orang tersayang. Antara pilihan yang tersedia termasuk Berry Lemonade, Da Hong Pao Lemonade, Lychee Lemonade, Americano, Caffè Latte dan Spanish Latte. Gabungan rasa yang menyegarkan dan menenangkan, sesuai dinikmati pada bila-bila masa sepanjang musim perayaan.
Saiz yang lebih besar ini menjadikannya pilihan ideal sama ada untuk berbuka puasa, menjamu tetamu ketika rumah terbuka atau sekadar menikmati minuman santai bersama keluarga dan rakan-rakan. Mudah dikongsi dan penuh rasa, ia menjadi pelengkap sempurna untuk menambah kemeriahan suasana Raya.
Promosi Eksklusif MEOW-RIAH RAYA
Sepanjang kempen yang berlangsung dari 16 Februari hingga 15 Mac 2026, pelanggan boleh menikmati beberapa promosi istimewa yang ditawarkan oleh HWC Coffee. Antaranya termasuk Meow-riah sharing combo, di mana pembelian mana-mana minuman botol bersaiz satu liter akan didatangkan bersama tote bag, brownie crisp serta sampul raya hijau lengkap dengan sticker eksklusif, dengan nilai keseluruhan sebanyak RM67.70.
Dalam tempoh yang sama, pelanggan juga boleh mendapatkan HWC x Pasal Meow Tote Bag pada harga RM15.90 melalui tawaran purchase with purchase dengan mana-mana pembelian minuman handcrafted. Selain itu, pembelian dua minuman handcrafted turut membolehkan pelanggan menerima satu pek sampul raya hijau dengan sticker eksklusif Pasal Meow sebagai pelengkap suasana Raya.
Kemudian dalam kempen ini, HWC COFFEE juga akan memperkenalkan Meow-riah Plushie Bundle, yang tarikhnya akan diumumkan melalui media sosial mereka. Bundle istimewa ini merangkumi satu minuman handcrafted pilihan seperti Americano, Latte, Lychee Lemonade, Da Hong Pao Latte atau Jasmine Tea bersama satu crisp serta plushie eksklusif Pasal Meow pada harga RM59.90.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi edisi terhad ini. Untuk maklumat lanjut serta kemaskini mengenai plushie yang bakal dilancarkan, ikuti media sosial rasmi HWC COFFEE.
Artikel Berkaitan:


