Love language Selena Gomez & Benny Blanco agak pelik…
Selain kisah cinta, Selena Gomez & Benny Blanco juga terbuka menunjukkan cara romantik yang agak unik dan kadangkala dianggap pelik oleh sesetengah peminat.
Namun bagi Selena dan Benny, perkara kecil yang luar biasa itulah yang membuatkan hubungan mereka terasa lebih istimewa dan jujur.
Cinta itu buta, begitu juga Selena Gomez terhadap Benny Blanco…
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(791x306:793x308)/selena-gomez-kisses-benny-blanco-foot-030326-246e60c374f143c3b4bcefbb64e5a0de.jpg)
Cium jari kaki Benny Blanco
Ketika muncul dalam podcast Friends Keep Secrets yang dikendalikan oleh Benny bersama Lil Dicky dan Kristin Batalucco, Selena melakukan sesuatu yang dianggap luar biasa oleh ramai peminat.
Dalam satu detik santai kira-kira sejam selepas rakaman bermula, Selena yang sedang duduk di lantai dilihat mencium jari kaki Benny secara spontan ketika mereka sedang berbual. Momen itu membuatkan Benny berhenti seketika sebelum tersenyum dan bertanya kepada isterinya, “You like that?”
Selena yang kelihatan malu kemudian bergurau sambil menepuk kakinya dan berkata, “Oh, don’t make it a moment!” Namun Benny membalas dengan penuh kasih, mengatakan bahawa tindakan kecil itu membuatkan dirinya berasa dihargai dan menegaskan betapa dia sangat menyayangi Selena.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(749x0:751x2)/benny-blanco-022526-5e3b169bd29d4045bfd2cfea729da18c.jpg)
Pengotor
Selain momen romantik pelik, sikap santai Benny Blanco juga pernah mencetuskan perbualan hangat dalam talian. Dalam episod pertama podcast Friends Keep Secrets, Benny dilihat bersantai di atas sofa bersama Kristin Batalucco sambil meletakkan kakinya di atas sofa.
Namun apa yang menarik perhatian penonton ialah keadaan tapak kakinya yang kelihatan sangat kotor dan hitam, dari bahagian jari hingga ke tumit. Dan Selena Gomez cium jari kaki Benny?! Agak pelik …
Baca: 5 Fakta Menarik Tentang Suami Selena Gomez, Benny Blanco
