Merancang percutian dan inginkan tiket penerbangan yang murah? Jangan terus tempah tanpa strategi!
Sebenarnya terdapat beberapa cara mudah yang boleh membantu anda mendapatkan harga tiket penerbangan jauh lebih berbaloi jika tahu waktu dan teknik yang betul.
Dari memilih waktu tempahan yang sesuai hinggalah menggunakan platform perbandingan harga, setiap langkah kecil mampu memberikan perbezaan besar pada bajet perjalanan anda.
Berikut 5 tip terbaik beli tiket penerbangan yang boleh membantu anda mendapatkan tawaran paling berbaloi.

1. Waktu terbaik untuk beli tiket
Ramai tidak tahu bahawa waktu membeli tiket penerbangan juga memainkan peranan penting dalam menentukan harga. Secara umum, harga tiket paling rendah biasanya muncul sekitar 11:30 malam hingga 2:00 pagi.
Mengapa waktu ini sering menawarkan harga lebih murah? Ini kerana pada waktu tersebut sistem syarikat penerbangan dan platform tempahan seperti Trip.com, Skyscanner dan Traveloka akan melakukan refresh inventori.
Dalam tempoh ini juga, tempat duduk promosi yang sebelum ini tidak berjaya dibayar oleh pelanggan lain akan dilepaskan semula ke dalam sistem. Kadangkala dalam beberapa minit sahaja, harga tiket boleh turun antara RM100 hingga RM500.

2. Hari terbaik untuk membeli
Selain waktu, hari anda membeli tiket juga boleh mempengaruhi harga yang ditawarkan. Berdasarkan data carian dan trend tempahan, waktu terbaik untuk membeli tiket ialah Selasa malam hingga awal pagi Rabu kerana harga biasanya lebih stabil dan cenderung lebih murah.
Sebaliknya, harga tiket sering meningkat dari Jumaat hingga Ahad kerana permintaan yang tinggi. Sistem harga syarikat penerbangan bergerak mengikut konsep permintaan (demand) apabila ramai pengguna mencari tiket pada hujung minggu, harga akan meningkat secara automatik.

3. Berapa awal perlu beli tiket?
Merancang masa pembelian juga sangat penting jika anda ingin mendapatkan harga terbaik. Tempoh yang disarankan bergantung kepada destinasi perjalanan.
Bagi penerbangan domestik, tempah tiket sekitar 1 hingga 2 bulan sebelum tarikh berlepas. Untuk destinasi Asia atau penerbangan jarak dekat, tempahan sekitar 2 hingga 3 bulan lebih awal biasanya memberi harga yang lebih baik.
Manakala bagi perjalanan jarak jauh seperti ke Eropah, tempoh ideal adalah sekitar 3 hingga 6 bulan sebelum berlepas.
Membeli terlalu awal, seperti 9 hingga 12 bulan sebelum perjalanan, belum tentu menjamin harga murah kerana promosi mungkin belum dibuka. Sebaliknya, membeli terlalu lewat sering menyebabkan anda terpaksa membayar harga last-minute yang jauh lebih mahal.

4. Platform yang kerap menawarkan harga murah
Terdapat beberapa platform tempahan tiket yang sering menawarkan promosi menarik kepada pengguna. Antara yang popular ialah Trip.com, yang sering menyediakan voucher dan slot promosi pada waktu tertentu.
Selain itu, Skyscanner sangat berguna untuk membandingkan harga daripada pelbagai syarikat penerbangan dalam satu carian. Aplikasi AirAsia pula menawarkan Member Fare khas untuk pengguna yang log masuk, manakala Traveloka kerap memberikan kod diskaun serta promosi kerjasama dengan bank.

5. Trick tambahan yang ramai tak tahu
Terdapat beberapa trik kecil yang sering digunakan oleh pengembara berpengalaman untuk mendapatkan harga tiket lebih murah.
Antaranya ialah menggunakan Incognito atau Private Window ketika mencari tiket bagi mengelakkan sistem menjejak carian berulang yang berpotensi menaikkan harga.
Anda juga boleh cuba menukar region atau mata wang dalam aplikasi tempahan, kerana kadangkala perbezaan kecil tersebut boleh memberi harga yang lebih rendah.
Selain itu, aktifkan juga Price Alert supaya anda menerima notifikasi secara automatik apabila harga tiket untuk destinasi pilihan anda jatuh.
Baca: Nilai Ringgit Malaysia Menguat, Ini 5 Negara Terbaik Untuk Percutian 2026
