H&M Studio SS26 tampil berani, meraikan keunikan serta kebebasan berekspresi. Dengan eksplorasi siluet tidak simetri, potongan tidak dijangka dan permainan warna yang menarik, koleksi ini membuktikan gaya peribadi adalah tentang keyakinan untuk menonjol dengan cara tersendiri.
Sebagai barisan paling fashion-forward daripada H&M sejak dilancarkan pada 2013, H&M Studio terus menampilkan reka bentuk yang lebih eksperimental dan berani. Direka oleh pasukan pereka di atelier Stockholm, koleksi ini mengikuti kalendar fesyen antarabangsa dengan dua koleksi utama setiap tahun, Spring/Summer dan Autumn/Winter yang menampilkan estetika lebih premium serta komposisi bahan berkualiti tinggi.
Untuk musim SS26, inspirasi utama datang daripada konsep individuality dan bold self-expression. Koleksi ini meraikan semangat nonkonformis yang tidak takut mencuba sesuatu yang berbeza, daripada potongan asimetri hingga proporsi yang luar jangka.
Hasilnya, himpunan gaya yang eksentrik tetapi tetap versatil, membolehkan setiap individu mentafsir gaya mengikut personaliti masing-masing.
Siluet Eksperimental dan Helaian Ikonik
Walaupun eksperimen menjadi nadi koleksi ini, elemen tailoring tetap menjadi asas penting. Antara rekaan utama termasuk blazer hitam dengan belahan tinggi di bahagian belakang, kot bercorak cek coklat dengan garis leher memanjang, serta seluar wide-leg yang boleh digayakan dengan pelbagai cara untuk menghasilkan volum dramatik.
Turut mencuri perhatian ialah set jaket denim dengan efek sapuan cat yang artistik, gaun lace hitam dengan potongan offset, serta jaket utilitarian hitam yang memberikan struktur moden pada siluet. Bagi sentuhan yang lebih santai, terdapat juga t-shirt oversized rona pink lembut dan denim wide-leg dalam warna pink pudar yang memberikan mood edgy namun effortless.
Aksesori Berani dengan Sentuhan Surreal
Aksesori pula hadir dengan proporsi yang playful. Antara item menarik termasuk beg kulit berbentuk bantal rona burgundy, kasut tumit tinggi yang disarung fabrik drape, serta sneakers hitam gabungan kulit, mesh dan suede. Perhiasan seperti anting-anting, rantai dan brooch pula menampilkan motif bunga dengan kemasan vintage yang unik.
Palet warna koleksi ini menggabungkan rona klasik seperti hitam, coklat, kelabu dan putih dengan warna lebih eksentrik seperti burgundy, candy floss pink, pistachio green serta kuning citrus lembut. Corak floral surreal yang menggambarkan bunga berbulu atau chrysanthemum berskala besar menambahkan sentuhan artistik pada koleksi ini.
Selain menitikberatkan gaya, koleksi ini turut memberi fokus kepada ketahanan dan kualiti bahan. Antara material yang digunakan termasuk wool, leather, denim serta cupro, dengan beberapa aksesori diperbuat daripada bahan kitar semula seperti recycled brass dan zinc.
Bermula dengan harga RM69.90, koleksi H&M Studio SS26 kini boleh didapati di stor terpilih serta di hm.com bermula 5 Mac.
Pop-up H&M Raya di The Exchange TRX
Jangan lepaskan peluang mengunjungi pop-up H&M Raya di The Urban Node, The Exchange TRX yang berlangsung dari 10 hingga 15 Mac 2026.
Raikan kemeriahan musim perayaan dengan pelbagai aktiviti interaktif, daripada menghias sampul Raya sendiri dan menebus bakul Raya yang dipersonalisasi, hingga merakam potret keluarga istimewa. Pengunjung juga boleh mencuba mesin gachapon sure-win dengan peluang memenangi hadiah eksklusif.
Anda juga boleh temui pilihan gaya Raya daripada H&M pilihan Anna Jobling, menampilkan helaian versatil yang sesuai digayakan sepanjang musim perayaan. Layari koleksi penuh di sini!
Baca: Bintang Fesyen Asia Tenggara Hangatkan Previu H&M Luruh/Dingin 2025 di Manila




















