Lemang, check! Baju kurung, check! Beauty essential?
Ada satu perkara kecil yang sering terlupa tetapi sebenarnya ia sangat penting, beauty essential.
Bayangkan selepas beberapa jam beraya, gincu mula pudar, wajah sedikit berminyak dan rambut mungkin tidak lagi seteratur waktu keluar rumah. Di sinilah peranan beberapa produk kecantikan mini yang praktikal untuk memastikan penampilan kekal segar, kemas dan sentiasa ready untuk sesi bergambar Raya.
Tak perlu bawa satu beg kosmetik penuh. Cukup beberapa item penting yang boleh jadi penyelamat pantas untuk touch-up di mana saja, di dalam kereta, di ruang tamu rumah saudara atau sebelum bergambar bersama keluarga.
5 beauty essential wajib ada dalam tas tangan untuk Hari Raya supaya penampilan anda kekal chic, fresh dan on point sepanjang hari beraya.

1. Lacoste Original Pour Femme
Tiada yang lebih menyegarkan daripada melangkah ke rumah terbuka dengan aroma yang menawan. Lacoste Original Pour Femme hadir dengan nota bunga dan buah yang ringan, sesuai untuk Hari Raya yang panjang dan padat aktiviti.
Haruman feminin dan classy, malah tahan lama sepanjang hari, menjadikan setiap pertemuan dengan saudara-mara lebih berkesan dan meninggalkan impresi manis.

2. OUMÉ The Soil Palette
Untuk solekan mata yang cepat tetapi penuh gaya, OUMÉ The Soil Palette adalah penyelamat.
Palet ini mengandungi warna neutral dan earthy yang mudah dipadankan untuk look soft day atau glam malam. Tekstur pigmennya tinggi, mudah diblend dan tahan lama, membolehkan mata kelihatan segar walaupun selepas beberapa jam sesi beraya.

3. Anastasia Beverly Hills Matte & Satin Velvet Lipstick
Wajah tanpa gincu seperti rendang tanpa santan, kurang lengkap!
Anastasia Beverly Hills Matte & Satin Velvet Lipstick menawarkan pilihan finish matte dan satin yang kaya dengan warna, mudah digosok tanpa melekit. Ia tahan lama, mengekalkan seri bibir tanpa perlu kerap touch-up dan menambah aura keyakinan setiap kali tersenyum kepada tetamu.

4. Aesop Eleos Aromatique Hand Balm
Selepas bergelut dengan makanan raya atau mencuci tangan berkali-kali, kulit tangan mudah kering.
Aesop Eleos Aromatique Hand Balm memberikan kelembapan segera dengan tekstur ringan, tidak melekit, sambil meninggalkan haruman subtle yang classy. Tangan sentiasa lembut, rapi, dan wangi, ps ia effort kecil tetapi memberi impak besar untuk penampilan menyeluruh.

5. Huda Beauty Easy Bake Pressed Powder
Kilauan wajah selepas beberapa jam beraya boleh mengganggu seri solekan!
Huda Beauty Easy Bake Pressed Powder membantu mengekalkan kemasan matte, mengawal minyak dan menyamarkan pori serta cela kecil. Teksturnya halus dan mudah digunakan untuk touch-up pantas, menjadikan wajah tetap flawless dan segar walaupun sedang berlari dari satu open house ke satu open house lain.
