Koleksi kapsul Tory Burch ini dibarisi rekaan tas tangan, kasut dan busana sedia pakai (RTW), dan hanya boleh didapati secara eksklusif di butik Tory Burch Suria KLCC dan The Exchange TRX.
Sempena musim Raya yang penuh gaya, Tory Burch melancarkan sebuah koleksi kapsul eksklusif yang direka khas untuk meraikan kemeriahan suasana Aidilfitri. Himpunan istimewa ini dikurasi secara teliti agar ia memenuhi ciri Ramadan dan Syawal.
Koleksi ini diinspirasikan daripada gaya sofistikated wanita Timur Tengah dan masih mengekalkan sentuhan elegan yang sering dilihat di pentas peragaan Tory Burch sendiri. Hasilnya? Sebuah rangkaian yang memancarkan aura klasik tetapi masih terasa moden dan bersahaja, cukup sesuai untuk penampilan Raya yang chic tanpa terlalu mencuba.

Antara highlight koleksi ini termasuk beg ikonik Mini Lee Radziwill Top-Handle Bag serta kasut LeeLee Skinny Mule, yang tampil dalam palet warna elegan seperti hitam, ungu dan ivory. Kombinasi warna ini memberi sentuhan anggun yang mudah dipadankan sama ada untuk rumah terbuka, berkunjung ke rumah teman-teman atau sekadar berkumpul santai bersama keluarga.
Melengkapkan aksesori tersebut adalah pilihan busana yang ringan dan mudah digayakan. Koleksi ini menampilkan beberapa dress yang flowy, bersama set kemeja sutera dan seluar yang dihiasi cetakan floral unik. Menariknya, motif floral ini turut diteruskan pada rekaan pembungkusan khas koleksi ini, menjadikannya terasa lebih eksklusif dan collectible.
Lebih daripada sekadar koleksi fesyen, inisiatif ini juga mencerminkan komitmen Tory Burch terhadap wanita di seluruh dunia serta penghargaan terhadap tradisi yang diraikan oleh pelbagai komuniti global. Hasilnya ialah koleksi Raya yang bukan sahaja stylish, tetapi juga penuh makna, sesuai untuk mereka yang ingin menyambut musim perayaan dengan sentuhan elegan dan moden.
Kalau mahu tampil bersahaja tetapi tetap menyerlah di Aidilfitri ini, koleksi kapsul ini memang wajib masuk radar gaya anda.






