Siapa sahaja yang tidak mengimpikan kulit yang kelihatan licin, cerah dan berseri seperti kaca? Trend glass skin terus menjadi inspirasi dalam dunia kecantikan dimana kulit nampak seolah-olah mempunyai filter semula jadi. Namun untuk mendapatkan efek sebegitu, ia bukan sekadar bergantung kepada solekan, tetapi bermula dengan rutin penjagaan kulit yang tepat.
Bagi anda yang mengimpikan efek glassy glow, dua produk daripada rangkaian Clearly Corrective Kiehl’s ini sering menjadi sebutan dalam kalangan pencinta kecantikan. Gabungan Clearly Corrective Daily Re-Texturizing Triple Acid Peel dan Clearly Corrective Dark Spot Solution sering digelar sebagai Kiehl’s Glass Skin Duo, kerana kemampuannya membantu memperbaiki tekstur kulit sambil menjadikan tona wajah tampak lebih cerah dan sekata.
Langkah pertama bermula dengan Clearly Corrective Daily Re-Texturizing Triple Acid Peel, iaitu pre-serum yang membantu menanggalkan sel kulit mati secara lembut. Diformulasikan dengan gabungan AHA, BHA dan PHA, ia membantu memperbaharui permukaan kulit tanpa membuatkannya terasa kering atau tegang. Anggap sahaja ia sebagai langkah refresh untuk kulit yang menjadikan wajah terasa lebih halus, segar dan bersedia untuk menyerap produk penjagaan kulit seterusnya dengan lebih efektif.

Rutin kemudian diteruskan dengan Clearly Corrective Dark Spot Solution, serum pencerah yang cukup popular dalam rangkaian Kiehl’s. Diperkaya dengan Activated C, ia membantu mengurangkan penampilan bintik hitam serta memperbaiki tona kulit yang tidak sekata. Sama ada disebabkan bekas jerawat, pendedahan matahari atau perubahan pigmentasi, serum ini membantu menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dan sekata dengan penggunaan yang konsisten.

Apa yang menjadikan kombinasi ini begitu menarik ialah bagaimana kedua-dua formula ini saling melengkapi antara satu sama lain. Triple Acid Peel membantu memperhaluskan tekstur kulit, manakala Dark Spot Solution bekerja untuk mencerahkan dan menyamaratakan tona wajah. Apabila digunakan bersama, kulit bukan sahaja kelihatan lebih licin, malah mempunyai seri semula jadi seolah-olah sentiasa berada di bawah pencahayaan terbaik.
Hasilnya, kulit tampak lebih segar, cerah dan memiliki efek glassy glow yang diidamkan ramai. Bukan kilauan berminyak, tetapi cahaya lembut yang membuatkan kulit kelihatan sihat, terhidrasi dan bercahaya secara semula jadi. Malah, ramai juga mendapati solekan kelihatan lebih kemas dan flawless apabila asas kulit berada dalam keadaan yang baik.
Bagi mereka yang mahukan rutin penjagaan kulit yang efektif tanpa terlalu banyak langkah, Kiehl’s Glass Skin Duo menawarkan pendekatan yang ringkas tetapi berkesan. Kadangkala, rahsia kulit yang paling cantik bukanlah lapisan solekan yang tebal, tetapi kulit yang cukup sihat untuk bersinar dengan sendirinya. Kini, anda boleh mendapatkan rangkaian produk Kiehl’s di laman web rasmi mereka atau di Sephora berhampiran.
Artikel Berkaitan: Kemeriahan Masterclass EH! x Kiehl’s Bersama Sweet Qismina di IOI City Mall, Putrajaya
