Raya bukan sekadar bermaaf-maafan, tapi juga masa terbaik untuk berkongsi set hadiah Syawal.
Menjelang ketibaan Syawal, tradisi memberi set hadiah Syawal kepada insan tersayang menjadi antara momen yang paling dinanti.
Selain juadah istimewa, duit raya dan kunjungan rumah ke rumah, pemberian set hadiah Raya juga menjadi cara manis untuk menghargai keluarga, sahabat serta insan terdekat yang sentiasa berada di sisi.
Jika anda masih mencari idea, ini senarai set hadiah Syawal untuk orang tersayang sempena Syawal:

1. Bloomthis – Renukka Raya Hamper (RM219)
Jika mencari hamper Raya yang ringkas tetapi penuh variasi, Renukka Raya Hamper daripada BloomThis ini pilihan menarik. Set ini menggabungkan pelbagai snek popular seperti popcorn karamel, biskut quinoa dengan perisa Japanese green tea dan Belgian dark chocolate, serta minuman hibiscus & lime daripada The Tapping Tapir. Turut disertakan kuih raya klasik seperti semperit susu dan pineapple roll cookies.

2. The Daily Kueh – KASIH Raya Hamper (RM139)
Seperti namanya, KASIH Raya Hamper daripada The Daily Kueh membawa mesej kasih sayang dan kebersamaan. Dipersembahkan dalam rona lembut bersama elemen florals yang elegan, hamper ini dihimpunkan dengan pilihan kuih Raya kegemaran ramai. Ia menjadi simbol penghargaan yang manis untuk diberikan kepada keluarga, sahabat mahupun sebagai hadiah korporat sempena sambutan Aidilfitri.

3. Kenny Hills Bakers – Raya Hamper (RM178.10)
Terkenal dengan pastri dan bakeri premium, Kenny Hills Bakers turut tampil dengan Raya Hamper yang penuh dengan rasa klasik perayaan. Antara yang menanti di dalamnya termasuk Onde-Onde Cookie, Coconut Cookies, Macadamia London, Peanut Butter Crisp dan Almond Madu.

4. The Venchi – Ramadan Collection
Jenama coklat Itali mewah, Venchi memperkenalkan Ramadan Collection yang diinspirasikan daripada suasana malam Ramadan di bawah cahaya bulan sabit dan bintang. Koleksi ini menampilkan seni coklat Itali dengan keseimbangan tekstur dan rasa yang halus. Like, why not chocolate? Lain dair yang lain.

5. Famous Amos – Hamper R26-07 (RM299)
Bagi pencinta biskut coklat ikonik, hamper daripada Famous Amos ini pasti menggembirakan penerimanya. Set ini dipenuhi pelbagai variasi biskut popular seperti Chocolate Chip Macadamia, Chocolate Chip Pecan dan Macadamia Red Velvet, selain tambahan manisan seperti dodol gula Melaka serta coklat pilihan. Ia hadir dalam kotak hamper yang dihias cantik.

6. ROYCE’ – Hari Raya Indulgence (RM400)
Jika ingin menghadiahkan sesuatu yang lebih premium, Hari Raya Indulgence daripada ROYCE’ menawarkan pilihan coklat Jepun yang eksklusif. Set ini menampilkan pelbagai pilihan seperti Matcha Bar Chocolate, Chocolate Wafers Tiramisu Cream dan Pistachio Chocolate yang dibungkus dalam kotak emas elegan. Ia turut disertakan beg hadiah dan kad ucapan Raya.

7. Mandarin Oriental, Kuala Lumpur – Silaturahim Hamper (MYR988)
Untuk hadiah yang lebih mewah, Silaturahim Hamper daripada Mandarin Oriental, Kuala Lumpur menampilkan koleksi juadah premium yang melengkapkan suasana Syawal. Antara yang terdapat di dalamnya termasuk pineapple tart, coconut pandan cookies, mixed dodol, Turkish delight, pandan layer cake serta sparkling tea. Set eksklusif ini sesuai dijadikan hadiah istimewa kepada keluarga terdekat atau rakan perniagaan.

8. EQ Kuala Lumpur – Warisan(RM208+)
Mengangkat sentuhan tradisional, hamper Warisan daripada EQ Kuala Lumpur menghimpunkan beberapa elemen klasik Raya seperti pineapple tart, butter cookies, coated dates serta kipas tangan mengkuang tradisional. Turut disertakan sampul raya edisi khas EQ yang memberikan sentuhan nostalgia kepada set hadiah ini.

9. Maison Des Pains – Panier Famille Eid (RM118)
Jika mencari hamper yang ringkas tetapi elegan, Panier Famille Eid daripada Maison Des Pains menawarkan pilihan biskut dan snek artisan yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga. Antara yang disertakan termasuk Almond Paris Sablé, Coco Couture Sablé, Florentine dengan cranberry dan badam, serta signature pineapple tarts. Ia tampil dengan pembungkusan minimalis yang sesuai dijadikan hadiah Raya.

10. Watsons – EMPIRE HAMPER (RM385)
Bagi yang menggemari hamper penuh dengan pelbagai pilihan makanan, Empire Hamper daripada Watsons menawarkan koleksi snek dan minuman yang lengkap. Dari baklava Turki, Ferrero Rocher, kurma premium, jus kurma pekat hingga ke biskut mentega Denmark dan pineapple cookies, hamper ini menjadi pilihan praktikal untuk dikongsi bersama keluarga ketika sambutan Hari Raya.
