Siapa selebriti dan pempengaruh Malaysia yang ‘terbang’ ke Coachella tahun ini?
Di bawah langit gurun California yang terbentang luas, Coachella 2026 sekali lagi menghidupkan suasana yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Bayangkan gabungan muzik, seni, fesyen bersatu mengekspresi diri yang terasa begitu bebas dan berani.
‘Spot’ siapa selebriti dan pempengaruh Malaysia yang paling on point dari segi gaya, vibe dan keseluruhan aura festival Coachella!

Alex HKF
Fokus utama look ini terletak pada jaket merah bertekstur bunga 3D yang sangat statement, satu pilihan yang berani dan dramatik. Ia bukan sekadar outerwear, tetapi menjadi “hero piece” yang memberi aura high-fashion, sesuatu yang sering kita lihat dalam gaya GD yang gemar bermain dengan siluet dan tekstur luar biasa.
Dipadankan dengan seluar denim oversized bertabur perincian stud atau glitter halus, keseluruhan look ini mengekalkan keseimbangan antara edgy dan effortless. Aksesori pula benar-benar mengangkat keseluruhan penampilan ke tahap seterusnya. Mahkota yang dipakai bukan sekadar pelengkap, tetapi simbol statement, confident, playful dan sedikit rebellious, sangat sinonim dengan persona G-Dragon yang tidak takut bereksperimen. Cermin mata hitam pula menambah sentuhan cool dan misteri.

Ivor Xian Z
Feminin dan effortless, gabungan elemen bohemian dan western yang cukup sinonim dengan tema gurun Coachella.
Top berwarna oren dengan perincian halus seperti tekstur ringan dan potongan yang fitted, memberikan sentuhan playful dan sedikit flirty. Warna terang ini juga sangat ‘on theme’ dengan suasana panas Coachella. Padanan dengan skirt pendek putih pula mencipta keseimbangan yang clean dan fresh. Perincian tambahan seperti kain bandana yang diikat pada pinggang menambahkan elemen styling yang kasual tetapi thoughtful seakan effortless, tetapi sebenarnya curated.
Apa yang benar-benar menghidupkan keseluruhan look ini adalah kasut boots tinggi berwarna coklat. Ini adalah elemen western yang kuat, sangat sinonim dengan festival style, memberi sedikit edge pada penampilan yang feminin tadi. Gaya rambut braided pigtails pula melengkapkan keseluruhan vibe, sweet, playful dan sedikit nostalgic, seperti gabungan festival girl dengan sentuhan Y2K.

Alvy Joanna
Menampilkan gaya edgy desert chic yang menggabungkan elemen feminin dan rugged secara seimbang. Alvy mengenakan corset merah berkilau yang memberi sentuhan glam dan berani, dengan potongan fitted yang menonjolkan siluet badan serta menjadi fokus utama dalam suasana padang pasir yang neutral. Padanan seluar denim paras lutut yang longgar pula memberi kontras santai kepada bahagian atas yang lebih seksi.
Kasut boots hitam chunky dengan tapak tebal menambah elemen bold dan sedikit grunge, sesuai dengan persekitaran outdoor serta memberikan aura lebih berkarakter. Aksesori seperti rantai panjang dengan pendant besar pula melengkapkan penampilan tanpa mengganggu fokus utama, manakala gaya rambut yang dibiarkan lepas menambahkan sentuhan effortless.

Abby
Gaya ini membawa nuansa bohemian yang lebih lembut, artistik dan sangat “free-spirited”. Tumpuan utama jelas pada outer/top bercorak patchwork yang sarat dengan motif bunga dan warna-warna earthy seperti merah bata, hijau lumut dan kuning hangat. Corak yang bercampur ini memberi rasa vintage dan handcrafted, potongan yang flowy dan sedikit cropped pula menambah dimensi santai tanpa nampak terlalu berat.
Di bahagian dalam, padanan inner hitam membantu “ground” keseluruhan look supaya tidak terlalu sarat dengan corak. Seluar denim high-waisted dalam tona gelap pula menambah struktur pada gaya ini.
Baca: Deretan Brand & Nama Besar Kuasai Billboard Coachella 2026
