Perkara-perkara ini pernah mencetuskan tanda tanya, malah ada yang dianggap tidak sesuai atau “out of place” pada satu ketika dahulu. Dan mungkin kerana ianya terlalu normal sekarang,
Dulu nampak pelik atau tak masuk akal, tapi kini semua sudah menjadi kebiasaan dalam gaya hidup sekarang. Seiring perubahan trend, teknologi dan cara berfikir, perkara yang dahulu dipersoalkan kini diterima sebagai sesuatu yang normal dan relevan.
EH senaraikan perkara yang dulu pelik, sekarang normal.
Crop Top Lelaki
Dahulu, pemakaian crop top dalam kalangan lelaki sering dianggap pelik dan tidak selari dengan norma fesyen mainstream. Jarang dilihat dan biasanya dianggap terlalu eksperimental atau tidak sesuai untuk gaya harian.
Namun kini, gaya ini semakin diterima dalam dunia streetwear dan high fashion sebagai satu bentuk ekspresi gaya yang lebih bebas dan moden. Crop top lelaki digunakan untuk mencipta siluet yang lebih berani, straight-forward serta mencabar batasan lama dalam fesyen tanpa terikat pada stereotaip gender.
Terlalu Banyak Layering Atau Kombinasi Layering Pelik
Gaya seperti skirt over pants/jeans atau dress over long skirt dulu sering dianggap ganjil dan tidak sepadan. Dilihat tidak praktikal dan kurang kemas untuk pemakaian harian.
Selain itu, kombinasi seperti shirt dipakai atas dress, long sleeve di dalam tank top, jaket disarung atas hoodie atau dua outerwear dalam satu outfit juga pernah dianggap pelik. Gaya ini dulu tidak difahami disebabkan nampak “terlalu banyak” dalam satu penampilan.
Namun kini, teknik layering sekarang menjadi sebahagian daripada eksperimen fesyen moden. Skirt over pants, dress over skirt dan kombinasi tidak konvensional lain digunakan untuk mencipta dimensi, tekstur dan identiti gaya yang lebih kreatif dalam streetwear serta high fashion.
Seluar Sagging
Seluar sagging pernah dianggap tidak kemas, pelik dan melanggar norma berpakaian. Dipakai di bawah paras pinggang dan nampak ‘sloppy’. Bukan itu sahaja, gaya ini membuatkan body proportion nampak tak seimbang kerana bahagian atas nampak lebih panjang.
Ramai yang menganggap trend seluar longgar ini bermula daripada Justin Bieber, tetapi beliau hanyalah sekadar style-icon kerana walaupun trend 90-an tertumpu pada seluar longgar, Justin menjadi antara figura paling dikenali yang sering dikaitkan dengan gaya ini, sekali gus mengukuhkan pengaruhnya dalam trend tersebut.
FOMO
FOMO atau rasa takut ketinggalan tidak begitu difahami dan sering dianggap sekadar perasaan kecil atau ikut-ikutan tanpa makna. Jarang dibincangkan sebagai satu fenomena sosial yang serius.
Kini, dengan kewujudan media sosial, FOMO menjadi lebih ketara dalam kalangan gen-z apabila sentiasa terdedah kepada kehidupan dan aktiviti orang lain secara real time. Ianya mempengaruhi cara orang berfikir dan bertindak, daripada keinginan untuk hadir ke sesuatu event sehinggalah rasa perlu sentiasa “up to date” dengan trend semasa.
Belajar Atau Meeting Secara Online

Sebelum pandemik COVID-19, pembelajaran dan mesyuarat hampir sepenuhnya bergantung kepada kehadiran fizikal di kelas atau pejabat dan interaksi bersemuka dianggap sebagai perkara yang wajib dalam proses belajar dan bekerja.
Sistem ini berubah dengan cepat apabila pembelajaran dan perbincangan mula dijalankan secara online melalui pelbagai platform digital. Apa yang pada awalnya dianggap sementara kini menjadi sebahagian daripada norma baharu yang lebih fleksibel dan mudah diakses.
Kini, kelas, kuliah dan meeting boleh dilakukan dari mana-mana sahaja, menjadikannya lebih efisien dari segi masa dan kos. Perubahan ini turut mengubah cara orang berkomunikasi dan mengurus rutin harian dalam dunia akademik serta pekerjaan.
Thrifting
Dipandang remeh atau tak ‘class’, thrifting suatu ketika dahulu sering dikaitkan dengan pakaian terpakai yang hanya dipakai kerana keterbatasan bajet, bukan sebagai pilihan gaya. Kurang mendapat tempat dalam dunia fesyen mainstream dan jarang dianggap sebagai sesuatu yang trendy.
Kini, thrifting sudah berubah menjadi sebahagian daripada budaya fesyen moden, terutama dalam streetwear. Setiap item dilihat unik kerana tiada yang sama, menjadikan gaya lebih personal dan berkarakter berbanding pakaian mass production.











