Coachella 2026 sudah bermula dan terus menjadi topik hangat di internet. Bukan sekadar persembahan yang mencuri perhatian, tetapi keseluruhan gaya juga menjadi fokus, daripada look ke outfit dan vibe yang cuba ditonjolkan oleh setiap individu.
Terkenal dengan kepanasannya, daripada cuaca ke barisan artis yang sudah lama dinantikan, sehinggalah ke fesyen yang mencuri perhatian. Ada yang tampil dengan gaya menarik dan ada juga yang memilih gaya lebih santai tetapi tetap stylish. Apa pun pilihan, inilah masanya untuk tampil yakin, ekspresikan diri dan jadi lebih menyerlah.
Boho Look
Boho look tampil sebagai gaya fesyen yang bebas, santai dan diinspirasikan oleh elemen alam, seni serta budaya etnik. Di Coachella, gaya ini menjadi pilihan kerana selari dengan suasana festival yang ekspresif dan terbuka. Siluet flowy seperti maxi dress, skirt longgar dan crochet top, digabungkan dengan motif floral, paisley serta warna earthy, membentuk estetika yang lembut dan effortless.
Aksesori seperti rantai berlapis, gelang besar dan topi lebar melengkapkan gaya, manakala rambut dibiarkan natural dengan loose waves atau tocang kecil. Keseluruhannya, boho memancarkan aura “free-spirited” yang santai namun tetap chic.
Jewelry Dress
Pakaian yang diperbuat sepenuhnya daripada barang kemas ini menampilkan estetika yang berani dan eksperimental, menggabungkan pelbagai elemen seperti rantai, kristal, batu permata dan perincian metalik sebagai struktur utama busana. Setiap susunan aksesori disatukan secara artistik, menghasilkan tekstur yang kaya dan visual yang penuh dimensi, seolah-olah helaian pakaian itu sendiri adalah karya seni yang hidup.
Tidak lagi berfungsi sekadar pelengkap, barang kemas dalam rekaan ini menjadi fokus utama yang mencuri perhatian. Kilauan warna-warni daripada batu dan kristal memberikan aura glamor yang mewah, manakala susunan yang padat dan tidak simetri menambahkan sentuhan edgy serta avant-garde.
Keseluruhannya, gaya ini sesuai untuk mereka yang ingin tampil berkilau dan meninggalkan impak yang kuat dalam dunia fesyen.
Chain Top Look
Chain top muncul sebagai statement piece yang bold dan sensual, menggabungkan elemen rantai metalik sebagai struktur utama pakaian. Berbeza dengan rekaan tradisional, ianya lebih terbuka dan ringan, menjadikan kulit sebahagian daripada estetika dan menghasilkan siluet yang edgy serta berkarakter.
Biasanya dipadankan dengan bralette atau bikini top sebagai asas, rantai-rantai ini jatuh secara drape di badan dan mencipta efek berlapis yang berkilau setiap kali terkena cahaya. Sama ada digayakan dengan denim longgar, cargo pants atau skirt mini, chain top memberi sentuhan festival yang effortless tetapi tetap standout. Keseluruhannya, gaya ini melambangkan keyakinan dan kebebasan berekspresi, menjadikannya pilihan popular dalam suasana seperti Coachella yang meraikan fesyen tanpa batas.
Cowboy/Cowgirl Look
Gaya cowboy dan cowgirl di Coachella tahun ini masih mengekalkan identiti klasik dengan elemen seperti topi koboi, boots tinggi, denim dan perincian fringe yang menjadi asas utama. Walaupun diberi sentuhan moden dari segi potongan dan styling, gaya ini tetap mudah dikenali dan relevan dalam suasana festival.
Dari segi warna, kebanyakan masih mengikuti palet earthy seperti coklat, beige, tan dan hitam. Pilihan warna ini bukan sahaja selari dengan estetika western, tetapi juga sesuai dengan persekitaran padang pasir Coachella yang panas dan berdebu.
Y2K

Contoh lain, gaya Y2K untuk Coachella ialah memakai baby tee berhiaskan rhinestone dipadankan dengan low-rise cargo jeans atau mini skirt berlipat, kemudian dilengkapi dengan belt butterfly atau star clip di rambut untuk sentuhan tambahan.
Untuk melengkapkan outfit, boleh pakai platform sneakers atau boots tinggi paras lutut, serta sunglasses kecil atau tinted shades bagi mengekalkan vibe nostalgia awal 2000-an. Rambut biasanya digayakan diikat atau rambut lurus sleek, supaya nampak playful tetapi masih stylish dan menjadi statement.






