Harga minyak semakin naik? Ini petanda anda perlu upgrade ke kereta elektrik (EV).
Kereta elektrik (EV) bukan lagi kehendak “futuristik”, malah, ia dah jadi kehendak pilihan Gen Z yang inginkan sesuatu yang lebih cool, jimat minyak dan mesra alam dalam satu pakej.
Dengan reka bentuk yang sleek, teknologi canggih, serta kos penggunaan yang jauh lebih rendah berbanding kereta konvensional.
Jadi, kalau anda sedang mencari upgrade yang lebih stylish dan jimat, ini 5 kereta elektrik (EV) pilihan Gen Z yang patut ada dalam radar anda.

1.Proton e.MAS 7
EV pertama Proton ini terus mencuri perhatian sebagai pilihan paling praktikal untuk Gen Z yang nak berjimat tanpa kompromi gaya. Sebagai SUV segmen C, ia menawarkan jarak pemanduan sekitar 400km+, cukup untuk kegunaan harian dan perjalanan hujung minggu. Kelebihan utamanya terletak pada harga yang lebih mampu milik berbanding EV lain, kabin yang luas dan selesa, serta kos penggunaan yang jauh lebih rendah berbanding kereta petrol. Ini, pilihan bijak untuk mereka yang nak masuk ke dunia EV dengan cara yang lebih accessible.

2. BYD Sealion 7
BYD Sealion 7 tampil sebagai SUV elektrik yang menggabungkan gaya dan prestasi dalam satu pakej yang nampak premium. Dengan reka bentuk yang sleek dan sporty, ia memberi impresi mahal tanpa harga terlalu tinggi. Antara kelebihan utamanya termasuk teknologi canggih seperti rotating infotainment screen, pemanduan yang lebih responsif, serta ruang dalaman yang luas untuk gaya hidup aktif.

3. Hyundai Ioniq 5
Hyundai Ioniq 5 merupakan EV yang standout dari segi reka bentuk dengan konsep retro-futuristic yang unik dan mudah dikenali. Selain rupa yang aesthetic, ia juga menawarkan ruang dalam yang luas, minimal dan sangat selesa. Dari segi fungsi, kelebihan seperti fast charging dan Vehicle-to-Load (V2L) membolehkan kereta ini menjadi sumber kuasa mudah alih, menjadikannya sangat versatile.

4. BMW i5
BMW i5 membawa pengalaman EV ke tahap lebih premium dengan gabungan kemewahan klasik dan teknologi moden. Sebagai sedan elektrik, ia menawarkan pemanduan yang sangat lancar, senyap dan refined, sesuai untuk mereka yang mementingkan keselesaan. Kelebihan lain termasuk ruang dalaman yang mewah dengan paparan digital canggih, sistem audio berkualiti tinggi dan prestasi yang mantap. Sungguh sentuhan “old money” yang elegan.

5. Tesla Model Y
Tesla Model Y kekal sebagai antara EV paling popular kerana pendekatannya yang minimal tetapi sangat berteknologi tinggi. Dengan sistem perisian yang canggih dan fungsi autopilot, ia memberikan pengalaman pemanduan yang futuristik. Ruang dalam yang ringkas dengan kawalan sepenuhnya melalui skrin menjadikannya unik berbanding kereta lain. Ditambah dengan prestasi yang pantas dan ekosistem pengecasan yang kukuh.
