Seiring busana avant-garde yang menghiasi tangga ikonik itu, dunia kecantikan turut melangkah lebih berani. Solekan grafik, tekstur kulit yang luminous hingga ke efek hampir glass-like, serta gaya rambut yang bermain dengan struktur dan siluet semuanya hadir dengan identiti yang kuat. Ada yang memilih pendekatan minimal, ada yang tampil penuh dramatik, dan ada juga yang berani keluar dari kebiasaan dengan sentuhan yang sedikit luar dari kebiasaan.
Malam paling berprestij dalam dunia fesyen kembali memukau di tangga Metropolitan Museum of Art, dengan tema Costume Art yang meraikan tubuh sebagai kanvas seni. Tahun ini, karpet merah terasa seperti ruang galeri. Setiap selebriti hadir dengan interpretasi tersendiri, bukan sekadar untuk kelihatan cantik, tetapi untuk menyampaikan idea.
EH! himpunkan sebelas gaya kecantikan terbaik yang benar-benar mencuri tumpuan kami yang bukan sahaja cantik di mata, tetapi juga ada karakter, mood dan cerita tersendiri. Ini adalah look yang buat kita berhenti sejenak, melihat dengan lebih dekat, dan mungkin terus simpan sebagai inspirasi seterusnya.
1. Jennie
Kalau kecantikan boleh berbisik, Jennie adalah suaranya. Rambut french twist yang kemas dihiasi kiss curl kecil di dahi memberi elemen vintage yang halus. Solekannya pula bermain dengan tona lembut pembayang mata lilac yang hampir translucent, kening barely-there brows look serta freckles tipis di batang hidung yang menambah efek youthful pada penampilannya.

2. Doja Cat
Look Doja Cat kali ini lain dari kebiasaanya. Doja menghidupkan semula glam era 2016 dengan interpretasi moden. Winged eyeliner yang tajam, kontur yang sculpted dan bibir nude matte menjadi fokus utama. Keseluruhan look disatukan dalam palet warna nude keemasan, daripada rambut blonde, solekan hingga kuku panjang matte dengan hiasan kristal. Teknik blending pada mata yang sangat halus memberi dimensi tanpa kelihatan terlalu heavy.

3. Keke Palmer
Keke Palmer tampil dengan pixie cut rona merah yang cukup menyerlah selari dengan trend rambut pendek yang dominan di Met Gala tahun ini. Solekannya turut bermain dalam spektrum yang sama rona kemerahan pada mata dan pipi, dipadankan dengan bibir glossy yang memberi dimensi lebih hidup. Apa yang buat gaya ini benar-benar menjadi adalah kemasan kulitnya yang luminous, kelihatan wet di bawah lampu, memberikan efek segar, glowing dan sedikit sensual tanpa nampak berlebihan.

4. Gigi Hadid
Dalam barisan look yang lebih dramatik, Gigi Hadid memilih untuk pull back dan itulah yang membuatkan penampilannya terasa segar. Dia tampil tanpa maskara. Solekannya ringan dengan pembayang mata neutral yang hampir tidak kelihatan, dipadankan dengan pipi rona ros segar dan bibir nude yang understated. Fokus sebenar pada tekstur kulit yang tampak sihat dan well-prepped, bersama kening penuh yang disikat rapi membingkai wajah dengan sangat clean. Ini versi no-makeup makeup yang lebih refined di mana setiap detail nampak effortless tetapi sebenarnya sangat dikawal.

5. Lisa
Lisa hadir dengan satu look yang terus menarik perhatian ramai. Headpiece putih berbentuk artistik yang cukup statement memberi siluet yang unik, sekaligus menjadi frame kepada keseluruhan look. Gabungan biru sapphire dan perak berkilau pada bahagian matanya menangkap cahaya dari setiap sudut. Efeknya cukup standout, tetapi masih terasa refined. Bulu mata yang panjang dan ringan menambah sentuhan lembut, menjadikan keseluruhan look tidak terlalu heavy, sementara perhiasan berlian melengkapkan gaya ini dengan sentuhan celestial yang subtle.

6. Sabrina Carpenter
Sabrina Carpenter mengambil gaya bob klasik dan beri twist yang lebih eksperimental. Faux bob yang digayakan dengan bahagian depan melengkung ke dalam, sementara belakang sedikit terangkat ke luar, mencipta siluet yang unik tanpa nampak terlalu heavy. Headpiece pula menambah sentuhan retro glam yang terasa mewah, tetapi masih playful. Untuk balance, solekannya kekal lembut bulu mata lentik, shimmer halus di sudut mata dan bibir rona mauve ros yang flattering. Detail kecil seperti manicure dengan hujung hitam memberi elemen edgy.

7. Margot Robbie
Margot Robbie memilih look yang lebih tenang. Dia tampil dalam gaun emas CHANEL dengan siluet strapless yang klasik, dipadankan dengan rambut updo sleek dan wispy side bangs yang melembutkan wajah. Dari segi kecantikan, Margot kekal dengan gaya signature yang clean. Solekannya fokus pada kulit yang nampak sihat dengan rona pipi kemerahan yang segar memberi efek glow semula jadi. Mata pula dibiarkan lembut tanpa elemen berat, cukup sekadar untuk memberi dimensi, keseluruhan look Margot Robbie malam itu terasa sangat balanced.

8. Zoë Kravitz
Zoë Kravitz kekal dengan estetik signature timeless, clean dan tidak berlebihan. Rambut digayakan dalam updo longgar dengan helaian halus yang sengaja dibiarkan jatuh, membingkai wajah dengan lembut tanpa nampak terlalu bersiap. Solekannya pula bermain dengan tekstur. Kulit soft-matte yang nampak real, mata bronze lembut untuk sedikit dimensi, dan bibir nude dengan efek blurred yang memberi sentuhan effortless. Tiada elemen yang terlalu menonjol, tetapi setiap detail terasa tepat dan disengajakan.

9. Kylie Jenner
Look Kylie Jenner malam itu memang jelas mengikut arus trend terkini dengan gaya kening bleched. Pilihan ini terasa lebih berani kerana dia cukup sinonim dengan kening tebal sebagai signature. Solekannya pula sengaja dibiarkan lebih lembut untuk memberi ruang kepada kening tersebut menjadi fokus. Mata dihiasi smoky neutral dengan bulu mata lentik, pipi sedikit sculpted dan bibir nude. Rambut digayakan dalam loose waves dengan satu accent curl jatuh di bahagian mata, menambah sedikit karakter.

10. Nicole Kidman
Nicole Kidman tampil dengan extensions ultra-panjang yang terus menarik perhatian. Dramatik, tetapi masih terasa elegan. Bangs nipis yang lembut di bahagian depan pula memainkan peranan penting untuk soften keseluruhan look, supaya tidak nampak terlalu heavy atau keras. Ia memberi keseimbangan pada siluet rambut yang panjang dan sleek. Menariknya, solekan dan kuku dibiarkan neutral clean, minimal dan tidak bersaing dengan elemen utama.

11. Beyoncé
Beyoncé menutup senarai ini dengan gaya yang benar-benar show-stopping. Rambutnya digayakan dalam curly panjang yang terdefinisi rapi. Solekannya pula kelihatan sempurna dimana pipi merah jambu dan bibir glossy yang memberi efek penuh serta solekan mata dengan sentuhan shimmer yang cukup untuk nampak standout. Headpiece kristal menjadi pelengkap yang menaikkan keseluruhan look ini, menambahkan lagi elemen dramatik. Gaya ini bukan sekadar cantik, tetapi benar-benar meninggalkan kesan setelah hampir setekad Queen B meninggalkan karpet merah ikonik ini.

Artikel Berkaitan: MET GALA 2026: Sorotan Fesyen Para Tetamu
