Dayang Nurfaizah bersama Misha Omar
Bermula dengan album yang menggunakan namanya sendiri, penyanyi asal Kuching, Sarawak ini mula menawan telinga penggemar muzik menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta yang terkandung di dalam album keduanya. Suara husky-nya menjadi taruhan dan umpan peminat setia ritma R&B. Tidak keterlaluan andai Dayang diletakkan sebagai antara penyanyi R&B terbaik tempatan yang pernah muncul di persada seni.
Insan paling disenangi yang pernah anda temui (selain ahli keluarga)?
Orang yang menguruskan kerjaya Dayang, iaitu Pengurus dan Pembantu Peribadi.
Nasihat terbaik sepanjang bergelar selebriti yg pernah diterima dan dari siapa?
Baru-baru ni, penyanyi legenda Ramli Sarip berkongsi nasihat ini, “It’s not about showing, it’s about giving.” Begitu mendalam dan sangat bermakna bagi Dayang.
Apa yang menakutkan bergelar selebriti?
Persepsi salah orang terhadap Dayang.
Yang menyeronokkan pabila bergelar selebriti?
Penghargaan terhadap bakat Dayang.
Quote atau falsafah yang menjadi pegangan?
Percaya pada diri sendiri, sentiasa positif dan jangan takut untuk mempunyai impian yang besar.
Apa yang anda dapat lihat kebarangkalian hidup anda 10 tahun akan datang?
Dayang tidak mahu fikir dan tidak mahu tahu. Dayang lebih senang tunggu dan lihat. After all, the most exciting part of life is not knowing. Paling penting Dayang sihat dan seronok serta masih berada di dalam industri muzik.
Jika berpeluang mengulang masa, tetap mahu bergelar selebriti?
Tetap mahu menjadi penyanyi… selebriti hanyalah status, ia cuma sebahagian daripada kerjaya.
Apa yang menarik tentang anda?
Harapnya… suara Dayang.
Gaya/penampilan yang paling hodoh pernah digayakan?
Dayang pernah tampil dengan rambut berona ‘baby blue’… ha ha.