Apakah rejim kecantikan anda daripada yang asas hingga yang utama?
● Pertama sekali saya amat mementingkan kulit yang licin, dengan itu saya akan pasti melakukan wax.
● Minum air kosong dan sentiasa mengambil jus buah-buahan untuk kandungan Vitamin C yang cukup pada badan serta kulit! Dan yang penting saya tidak merokok!
● Saya akan pastikan solekan dicuci terlebih dahulu sebelum tidur.
Produk dan aktiviti kecantikan yang anda gemari?
● Saya gemar melakukan lulur, dan biasanya lulur yang bertekstur lembut pada kulit menghasilkan kulit yang licin dan bebas masalah cengkam bulu.
● Saya juga gemar ke sauna, sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Apakah lima produk kecantikan yang harus ada di dalam beg?
● Strip Ice Cream Moisturizer
● Salap bibir
● Pemerah pipi
● Maskara
● Wangian mini
Apakah masalah kulit serius yang menjadi kebimbangan anda?
Saya bimbang kulit wajah saya menjadi kering, punyai kedutan dan mengendur. Disebabkan itu saya mengambil langkah awal untuk menghindari masalah ini dengan menggunakan produk yang betul dan berjumpa pakar bagi memperbaiki keadaan kulit agar sentiasa tegang dan elastik.
Apakah mitos kecantikan yang anda boleh kongsi?
Waxing tidak akan membuat bulu anda tumbuh lebih lebat, sebaliknya dengan waxing yang kerap, bulu akan tumbuh lebih halus disebabkan folikel rambut yang semakin lemah lantas menyebabkan pertumbuhan yang terbantut.