Selepas kontroversi mengenai pemilihan penyanyi di Anugerah Juara Lagu baru-baru ini, nama Yuna terus menjadi perbualan ramai sekali lagi. Dan kali ini ianya menyentuh mengenai kisah cintanya!
Yuna yang sebelum ini menjalin hubungan dengan heartthrob Malaysia, Qi Razali, kini dikatakan sudah mula rapat dengan seorang jejaka inggeris iaitu Julian Schratter. Apa yang lebih menghangatkan gossip ini ialah, Yuna turut membawa Schratter pulang ke Malaysia pada November lepas.
Namun begitu, Yuna menegaskan bahawa, dia dan Schratter hanyalah kawan rapat dan Schratter ingin melawat Malaysia untuk melihat sendiri perjalanan karier Yuna di Malaysia. Schratter yang juga seorang jurugambar, turut menggunakan kesempatan itu untuk membuka lensa kameranya merakam keindahan Malaysia.
Walaubagaimanapun, menurut Yuna, dia tidak menolak sekiranya ditakdirkan jodohnya dengan ‘mat saleh’ kerana dia tidak menilai seseorang individu daripada asal-usul, agama serta budayanya. Menurut Yuna, agama Islam adalah sangat indah dan mudah untuk dipelajari.
Kami di EH! akan terus mendoakan kejayaan Yuna dan berharap kerjaya seninya akan terus maju di bawah naungan Verve Music Group yang dikepalai oleh David Foster! Nampaknya Yuna bakal berdiri sama tinggi dengan Gloria Estefan dan Ella Fitzgerald! Proud of you Yuna!
Sumber: murai.my
Gambar: instagram @throughjuleslens
TERUKIR DI BINTANG ANTARA ALBUM YANG TERBAIK >>
LELAKI DI BELAKANG YUNA, HUJAN DAN IMAM MUDA >>