Maybelline yang memiliki jutaan peminat seluruh dunia, kini menampilkan barisan model dengan wajah dan karakter yang begitu bertenaga dalam memperkenalkan koleksi kosmetik baru!
Siapakah mereka? Usah tunggu lagi, choose tab untuk melihat wajah dengan solekan eksentrik dan wild serta hasil fotografi menakjubkan ini.
[tab:Si Jelitawan Pengemas]Si Jelitawan Pengemas
Tidak salah jika anda mahu menaikkan ‘mood’ dengan mencantikkan wajah serta memakai pakaian yang hot demi mengemas rumah anda kala hujung minggu. Lihat sahaja gaya model berwajah anggun ini, Emily DiDonato yang kelihatan fabulous walaupun dengan hanya memegang penyedut habuk! Padanan gaya yang disuntik elemenfuturistik ini tentunya idea Penata Gaya terkemuka, Michael Angel. Sukakan gaya ini? Nantikan hadiah menarik untuk diberikan kepada pemenang pertandingan Vote for the best look yang berlangsung kini hingga bulan depan.
Si Cantik yang Lasak
Bukan semua gadis boleh menjadi lasak dan cantik pada masa yang sama. Namun bagi model berkulit gelap, Jessica White, dia tetap tidak menghampakan idea dan konsep yang cuba diketengahkan Maybelline untuk projek ini. Dengan solekan berasaskan tanah dan semulajadi, gayanya kelihatan berkesan apabila Michael mengenakan pakaian yang bermotifkan tribe. Tentunya ia mampu menjadi inspirasi menarik ketika anda keluar bersiar-siar di siang hari. Undi gaya ini jika Jessica White atau konsep ini menjadi model kegemaran anda!
Michael Angel, Penata Gaya
Dilahirkan dan dibesarkan di Australia, Michael Angel sentiasa mempunyai minat mendalam terhadap seni halus. Disebabkan bakat luar biasanya itu, Michael sudah pun terpilih sebagai Penyelia Senior Visual dan Kreatif untuk SABA iaitu pusat membeli-belah terkenal Australia ketika dia hanya berumur 18 tahun! Pengalamannya kini sudah menjangkau kira-kira lapan tahun dengan kreativiti yang dimiliki menjadi pilihan beberapa syarikat untuk ‘meminjam’ ideanya dalam menganjurkan pertunjukan runway dan kempen pemasaran fesyen.
Namun, usaha bersungguhnya tidak disedari syarikat berkenaan dan akhirnya, Michael tekad untuk mengejar pengiktirafan dengan menyandang jawatan Pengarah Gaya untuk L’Oreal Melbourne Fashion Festival dan Australian Fashion Week. Kemudian, Michael meneruskan impiannya dengan berhijrah ke New York dan bermula detik itu, Michael tampil sebagai antara penata gaya terkemuka.
“Saya sukakan semuanya tentang Maybelline namun apa yang pasti, projek ini adalah antara projek paling menyeronokkan dalam hidup saya. Saya menghabiskan berbulan-bulan untuk menjadi wardrobe yang paling sempurna bersesuaian dengan gaya solekan dan konsep yang dibawa. Inilah masanya untuk saya tampil sekreatif yang mungkin and I have to admit I LOVE IT! Segalanya menjadi sumber inspirasi dari NYC, Maybelline dan tentunya, the Dream Team.”
[tab:Video Klip]Mahu melihat keadaan belakang tabir bagi sesi fotografinya? Klik klip video di bawah untuk menyaksikan bagaimana the magical moment berlaku!