Akhirnya, pereka fesyen muda berbakat, Alia Bastamam mengeluarkan koleksi pakaian pengantin pertamanya. Koleksi yang sememangnya ditunggu-tunggu ini telah pun diperagakan di hadapan media, selebriti dan ikon-ikon fesyen tempatan di Frangipani, Changkat Bukit Bintang pada awal Mac lalu. Pakaian pengantin yang berharga dari RM3500 ke atas ini sememangnya anggun dan menepati cita rasa rakyat Malaysia.
HANS ISAAC DAN NEELOFA BINCANG SOAL KAHWIN >>
KEK KAHWIN YANG MANA MENJADI PILIHAN ANDA? >>
Menurut pengacara rancangan Bella, Elaine Daly ketika ditemui, koleksi Alia sungguh sofistikated dan menyenangkannya kerana tidak kira apa keturunan dan bangsa, ada sahaja rekaan Alia yang sesuai dipakai. Setelah melihat koleksi Alia, adakah anda masih memerlukan perkhidmatan Elie Saab untuk perkahwinan anda? Sokonglah pereka-pereka tempatan kerana rekaan mereka tidak kurang hebatnya!
NOSTALGIA PERKAHWINAN DATIN SOFEA JANE >>
HADIAH ULANGTAHUN PERKAHWINAN ROMATIK YUSRY BUAT LISA >>
EH! berkesempatan menemubual Alia Bastamam sebelum pertunjukan peragaan koleksi pengantinnya bermula. Dia turut memberi tip pemilihan pakaian pengantin khas untuk peminat EH! Jom kita saksikan.