Adakah anda pencinta dunia seni halus dan kontemporari? Ataupun anda punya koleksi karya seni yang dihasilkan sendiri tetapi tidak berpeluang untuk menayangkannya kepada khalayak ramai? EH! ada solusinya!
Memperkenalkan konsep ‘makan berseni’, Poco Zakka Kitchen adalah sebuah lagi spot terbaru untuk anda yang mahukan kelainan untuk berlepak sambil menikmati hidangan autentik Jepun. Dengan hidangan yang enak dan unik, penampilan kafe yang berbeza dan suasana yang cukup selesa, siapa yang mampu menolaknya?
Melangkah masuk ke kafenya sahaja sudah cukup membuatkan anda mengagumi setiap aspek dekorasinya. Berinspirasikan retro dengan rekaan kraftangan yang menghiasi sekeliling juga aksesori yang menakjubkan, you will absolutely love it!
Tidak sekadar menayangkan koleksi seni pasangan pemiliknya yang juga rakan baik, Chen dan Seah, Poco Zakka juga adalah lokasi tayangan karya tempatan tanpa mengira status si artis. Asalkan karya yang diusulkan menarik, punya jiwa dan outstanding untuk dikongsi bersama pelanggan, Chen dan Seah tidak teragak untuk mengetengahkannya di kafe mereka.
Asalnya, Chen dan Seah pernah mengembara ke negara Matahari Terbit dan terpesona dengan budaya dan gaya hidup masyarakat di sana. Chen yang begitu mencintai seni dan Seah yang dilahirkan dengan ciri keusahawanan membuahkan gabungan bersatu sebelum tertubuhnya Poco Zakka Kitchen.
Menariknya, kafe ini yang pada awalnya dibuka di Bangsar, kini boleh dilawati di Sunway Giza! Pembukaan cawangannya yang terbaru membuktikan kesungguhan mereka bukan sahaja untuk menghidangkan Japanese cuisines yang menyelerakan. Tetapi juga untuk membuka peluang kepada artis-artis muda untuk menunjukkan bakat-bakat mereka dalam menghasilkan karya agung seni!
Not just paintings, but sculptures and handcrafts are welcomed too! Hooray!
Mahu menyelak sebahagian daripada killer menu mereka?
Alamat:
Poco Zakka & Kitchen
C-01-G Sunway Giza Mall, Jalan PJU5/14, PJU 5, Kota Damansara,47810 Petaling Jaya.
T: +603 – 61511268 http://pocohomemade.blogspot.com
Tunggu! Mahukan baucar percuma untuk menikmati aiskrim Poco Zakka? Isikan e-borang di bawah! Tarikh baucar sah sehingga 30 September ini.